Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Salam and Hi!
Sudah 1 bulan lebih saya tak update blog, mungkin kerana terlalu busy dengan pembelajaran dan pelbagai aktiviti. Seperti pertandingan robot soccer yang berlangsung di polimas pada 9 julai sehingga 13 julai. Kemudian sibuk dengan proses kemasukan ke semester 3 dan juga penyediaan latihan industry yang akan saya ambil semester depan.
Alhamdulillah, seperti mana yang kita tahu bulan ramadhan menjelma lagi, ia merupakan bulan pengampunan dan bulan yang penuh nikmat dan keberkatan. Jadi disini saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak dan semoga diantara kita mengambil peluang untuk bersama-sama mengandakan amal ibadat di bulan ini kerana banyak fadhilat-fadhilat serta kelebihan pada bulan ini.
Saya pun bukan sesiapa pun, hanya seorang insan yang juga banyak melakukan kesilapan-kesilapan, tapi setiap jalan kita yang tersalah langkah @ kesilapan boleh kita perbetulkan dan meminta keampunan Allah SWT. Masih lagi ada sinar dan peluang untuk kita bertaubat, jika kita merasakan kesukaran untuk berubah, kita perlu CUBA, at least kita cuba.
Kita mencuba untuk berubah bukan untuk sesiapa, bukan untuk orang lain, tapi at least untuk diri dan ibu bapa kita. Saya juga mengalami masalah seperti ini, tapi setiap hari saya cuba untuk berubah dan berubah, walaupun sedikit tapi lama-lama kita akan merasai perubahan.
Sebelum ini saya lupa untuk bersyukur, sebelum saya terlalu asyik dengan kehidupan dunia. Bila sampai satu ketika, saya tersedar, saya menyesal, kita hidup bukan untuk dunia saja. Alhamdullillah, atas dasar mencuba, saya dapat berubah, berubah untuk menjadi lebih baik, berkat daripada dorongan ibu dan bapa, ustaz dan pensyarah.
Kita hidup bukan untuk dunia ja, kita kena ingat yang mati itu akan dating pada kita bila-bila masa sahaja, kita akan dimasukkan di dalam kubur satu hari nanti, ini adalah hakikat. Tapi ramai antara kita cuba menafikan. Kenapa? Kerana iman kita sentiasa bertambah dan berkurang.

“Apabila telah dating pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan dari-Nya. Sungguh dia Maha Penerima taubat.” Ayat 1-3. An-Nasr


Minggu depan masuk poli | Robotic Competition

Salam and Hi!


Click untuk besarkan gambar.

Alhamdulillah, baru sahaja berjaya menyiapkan blog widget baru, lihat sini http://muzikbel.blogspot.com, Ia berfungsi sama seperti fullmusik.co.cc yang ramai antara kita sudah mengetahui akan kewujudan widget fullmusik kan? Menarik kan? Tapi malang nya, satu kelemahan yang aku tengok dekat widget fullmusik ialah xda butang stop dan pause untuk rekaan lama fullmusik, sekarang dia baru start buat yang ada butang play dan stop.

So, aku cuba buat sesuatu yang baru dan insyaallah boleh menjadi alternatif kepada fullmusik.co.cc dan boleh memberi kepuasan dan keselesaan kepada pengguna. Jadi apa yang best pasal widget aku?

First sekali, kemudahan code generator. Yang aku maksudkan ialah cara untuk pilih lagu serta copy paste kod ecara automatik, tulis tajuk lagu, pilih lagu, pilih kedudukan dan tekan generate. Kemudian copy dan paste sahaja. Tidak perlu lagi ke page-page @ blog-blog yang lain yang mengelirukan pengguna.

Kedua, Sistem kedudukan music, seperti yang anda tahu ada lima kedudukan yang anda boleh pilih untuk kedudukan widget music anda. Seperti "Atas Kanan", "Atas Kiri", "Bawah Kanan", "Bawah Kiri", dan Sidebar. Semua kedudukan ini kecuali sidebar memudahkan para pembaca blog anda untuk pause atau stop lagu itu jika mereka tidak suka membaca sambil mendengar lagu.

Ketiga, Anda boleh request lagu serta warna player pilihan anda sendiri diruangan Request Music. ( Lagu yang tiada dalam list sahaja )

Keempat, Anda diberikan keizinan untuk menukar gambar Muzikbel itu kepada gambar anda sendiri. Saya suggest anda menggunakan gambar yang berukuran 120tinggix120lebar dan kalau nak cantek lagi letak frame petak. XD.

Eh, eh, Apa pasal cite pasal widget ni? =="
Btw minggu depan aku dah masuk poli.. T_T terpaksa masuk awal sikit sebab robotic competition dekat polimas nanti.
Projek widget aku yang dah xsempurna lagi.. adoy.

Dua lagi projek xsiap.. T_T

1.http://kkeptss.blogspot.com
2.http://kakipix.blogspot.com

Doakan Team PTSS menang yerk.. huhu.

Btw thank tu lala yang menjadi "Follower pertama".. hehe

Cara cari dan ubah gambar header bersaiz gergasi di bloggger.com

Salam and Hi!

Tutorial ini khas buat Akak Erin yang bertanyakan macam mana cara-cara untuk mengubah header blognya.
*Untuk gambar di post ini sila click untuk size yang lebih besar.


#Perkara PERTAMA

kita kena tahu dimana address "http" asal header tersebut @ kata lain dimana url gambar tersebut.

Cara 1 : ialah cari di bahagian "Edit HTML" ( Go blogger.com > Dashboard > Design > Edit HTML ). Dan anda terpaksa cari url gambar tersebut, jangan risau gambar header tu selalunya berada dibawah kod CSS "Header" @ Header-wrapper dan sebagainya. Lihat Contoh dibawah :



Nampak link url gambar header tu? anda cuma perlu replacekan dengan gambar header yang lain. Mudah kan?

Cara 2 : kalau step ini sukar difahami atau tidak berjaya. anda cuba yang ini pula, gunakan Mozilla Firefox, kemudian masuk blog anda. Dan betul-betul di header anda right click dan tekan view background image. Lihat contoh :



Kemudian ia akan keluar macam ni



Nampak? Sekarang cuma copy url gambar header diatas itu dan pergi ke "Edit HTML" di template blog anda. Sekarang click CTRL+F 'serentak', dan pastekan alamat url gamabr header tadi disitu. Lihat gambar dibawah :


Ini untuk firefox, kalau chrome dia lain sikit


Dan secara automatik insyallah, anda akan jumpa satu barisan ayat yang dihighlight, dan itu lah url gambar header anda. Dan sekarang anda boleh la mengubah header dengan mengantikan link url ini dengan url gambar yang lain.

# Perkara KEDUA

"Macam mana upload dan gantikan gambar header lama tu eh?"

First, anda kena tahu berapa keluasan dan ketinggian header yang lama tadi. Kenapa perlu tahu, sebab jika anda tersalah letak header yang lebih kecil atau lebih besar, susunan header anda akan 'lari', tidak sama dengan template anda.

Lihat contoh dibawah :-



Right Click gambar header dan click properties dan click detail


Jadi apa perlu buat? sekarang anda perlu buat atau cari header baru dengan ukuran kepanjangan yang sama dengan header lama so nanti header baru akan fit dengan template blog anda.

Suggestion saya, guna photoscape dan cari tutorial berkaitan "cara buat header mudah dengan photoscape" dan apabila anda sudah ada header anda yang baru. Anda perlu upload gambar tersebut untuk mendapatkan link url gambar header itu.

Cara upload gambar dengan blogger.com dan mendapatkan url gambar yang bersaiz gergasi

1.Buat New post dan namakan entri anda "Blog Image Host" atau apa2 yang anda suka
2.Jangan publish just click save now sahaja. ( Terpulang kepada anda )
3.Tekan Add image yang berada dibawah Title entri anda.
4.Upload gambar anda [ Click None untuk kedudukan gambar anda dan click samada small, medium atau large bagi saiz gambar anda ]
5.Dan apabila sudah diupload, anda akan mendapat html code seperti ini.



Actually bukan macam ni, saya dah edit sedikit, tapi yang saya tekankan ialah url gmbar yang dihighlight. Jika anda perasaan size dia terlalu kecil dan tak sama dengan yang asal walaupun di ruangan upload "add image" kita pilih "large" untuk sizenya. Ini jalan penyelesaiannya.

Jika anda ingin tahu bila anda pilih "Small" di ruangan upload "add image", size gambar anda akan menjadi sepanjang 200pixel sahaja. Medium pula sepanjang 320pixel dan Large 400pixel untuk Large. Jadi Mustahil untuk mendapat size gambar header yang besar kan? Ok ini tricknya.

Di Blogger.com ada 5 jenis size gambar yang boleh digunakan dan dua daripadanya ialah bersize gergasi dimana blogger.com tidak memasukkannya dibahagian upload "Add Image".
Cuba click kesemua link url gambar dibawah :-

http://4.bp.blogspot.com/_-ibrE31TAQc/Ta-7HjyIHyI/AAAAAAAAAoE/UyGonyDV3as/s200/Flowergirl-head.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_-ibrE31TAQc/Ta-7HjyIHyI/AAAAAAAAAoE/UyGonyDV3as/s320/Flowergirl-head.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_-ibrE31TAQc/Ta-7HjyIHyI/AAAAAAAAAoE/UyGonyDV3as/s400/Flowergirl-head.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_-ibrE31TAQc/Ta-7HjyIHyI/AAAAAAAAAoE/UyGonyDV3as/s800/Flowergirl-head.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_-ibrE31TAQc/Ta-7HjyIHyI/AAAAAAAAAoE/UyGonyDV3as/s1600/Flowergirl-head.jpg

Apa yang pelik? cuba teka. hehe, Kalau anda perasaan yang membezakan semua gambar ini ialah pada "s200" "s320" "s400" "s800" dan "s1600" dan 's' tersebut bermaksud SIZE.

Size original gambar diatas ialah 980px untuk kelebarannya. Jadi bila disetkan kepada s200, ia akan menjadi kecil sama seperti size s320, s400 dan s800. Jadi untuk menjadikan ia size original iaitu 980px anda perlu menukar kepada s1600. :)

Untuk pengetahuan anda, jika gambar anda bersize 560px sebagai contoh dan anda telah menukar size kepada size gergasi s1600. Gambar anda tidak akan menjadi besar, dan ia cuma akan mengikut size originalnya sahaja iaitu 560px sahaja.

berbalik kepada topik asal, sekarang anda sudah menjumpai link url gambar header anda yang baru contoh seperti -> http://4.bp.blogspot.com/_-ibrE31TAQc/Ta-7HjyIHyI/AAAAAAAAAoE/UyGonyDV3as/s1600/Flowergirl-head.jpg dan copy link url yang baru ini dan ganti link url header lama anda dengan ini. SIAP! Hehe

Info Nota Buku :

1.Gunakan 's000' pada link url gambar untuk mendapat size original secara automatik . :)

2.Menggunakan blogger sebagai medan hosting gambar web anda sangat menjimatkan bandwidth website anda dan ia sangat stable dan loading pun laju [ Untuk website yang berbayar dan mempunyai hosting sendiri ]

3.Kurangkan berat gambar anda dengan "crop" bahagian yang tidak perlu dan ini sangat membantu web/blog anda loading dengan kepantasan yang best punyer..

4.Jangan upload banyak gambar yang besar seperti 1000px Lebar dan panjang ke dalam entri anda. Pastikan anda resizenya terlebih dulu.


Mat Luthfi Dikehendaki Wartawan Remaja

Salam and Hi!..

Maaf lambat update, sibuk sangat dengan 3 project blog terbaru. So, aku mengambil sedikit masa untuk men-update blog aku yang dah berapa hari x"berkemas" nie..

Kenal Mat Luthfi? Vlogger yang famous sekarang ini. Dan boleh dikatakan ranking 1 vlogger terhebat. Dan Anwarhadi ditangga ke-2. Hihi, Huh? tidak kenal Mat Luthfi? Click sini utk ke video channel dia -> http://www.youtube.com/user/matluthfi90


Video yang aku paling suka, mesej yang sangat berguna [ Click untuk besarkan ]

Best video dia habaq ang.. Hari ini aku saja nak tengok balik channel dia, kowt-kowt ada video baru dari dia. Tapi tak ada, mungkin sibuk dengan ujian?, Bila aku tengok video dia, aku terbaca satu komen ni, dari wartawan Remaja TV3 @ TV9. Tengok gambar dibawah :



Bila Mat Luthfi balik nanti mesti ramai nak autograph dia nanti. haha. Keep it up!

Games Yang Menghina Islam

GAMES YANG MENHINA ISLAM (WAJIB BACA)



1) Devil May Cry 3

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.







Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)

"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".





Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?


2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.



Berita mengenai permainan ini dirampas:

Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki



Luahan dari seorang gamer Wii:

Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.




Tindakan yang dibuat:

The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia


Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)



"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes



Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

6) Stronghold Crusader



Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.
AZRINIZAM IBRAHIM

Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap


Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo

Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

[Image: 50px-Virgo.png]

Zodiak Virgo:


[Image: Copy+of+50px-Virgo.png]

Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:


Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?


8) Resident Evil 4



Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.



Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut


Screenshot dari gameplay Resident Evil 4


Zoom pada pintu tersebut

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.





Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.


Perbezaan pintu dalam game dengan realiti



Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.


Kalau Anda Sayangkan Islam.. Kongsilah Artikel Ini Di Facebook Anda Untuk Memberi Kesedaran Kepada Mereka Yang Masih Lalai dan Leka Dengan Dunia Masa Kini..

Credit to
http://bloggercrew.in-malaysia.org/2011/05/games-yang-menghina-islam-wajib-baca.html

GBP1M



Statistik

Followers

Notes Updates

Notes Updates [31/12/2011]

# Pesanan dari Admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi dan menyokong 100% laman blog ini selama ia beroperasi. Tapi dukacita dimaklumkan bahawa admin tidak lagi dapat mengupdate blog ini atas masalah2 tertentu. Walaupun begitu laman blog ini tidak akan di delete, dan masih dapat digunakan oleh semua pengguna.

Senarai project blog oleh admin.
1. http://animaxwidget.blogspot.com
2. http://nnseyo.blogspot.com
3. http://muzikbel.blogspot.com

Laman blog peribadi.
http://nabilharith.blogspot.com - p/s : Sudah berhenti. Mungkin akan ada laman blog peribadi baru.

Laman Facebook - http://www.facebook.com/nabelnajib

TQVM for visiting my web blog. :)

| Other BlogSpot |

Do Visit and Follow, TQVM.

# www.muzikbel.blogspot.com
# www.nnseyo.blogspot.com
# www.saaranghaeyo.blogspot.com
# www.animaxwidget.blogspot.com

Update : Blog diatas tidak akan diupdate untuk sementara, kerana admin sibuk dengan pelajaran dan bulan ramadhan al-mubarak. TQ

Muzikbel Widget


About Me

My photo
Salam n Hi!, Nama saya Nabil Harith, umur 19 tahun (2011), bangga menjadi rakyat malaysia, a proud muslim dan kerjaya sebagai student di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan mengambil kursus Diploma Teknologi Komputer. Menjadikan blog sebagai wadah perkongsian dan diari 'hidup' diri ini.

Popular Posts

<< Buka Kotak ShoutBeL >>