Diari Aidiladha Nabil

Share
..
Diari Aidiladha Nabil!


Assalamualaikum sahabat-sahabatku dan pembaca yang dihormati sekalian, semoga kalian dalam keadaan sihat walafiat.


Ni gambar amik dekat kampung Kami!


Alhamdulillah, Hari Raya Korban Baru Sahaja berlalu 2 hari yang lepas, semoga Kalian gembira dapat meraikan Hari Raya Aidiladha. Walaupun beberapa warga negara islam lain seperti palestine, Iraq dan negara-negara islam yang lain tidak dapat berhari raya dengan meriah, gembira dan keseronokan, dengan peperangan, bencana alam serta ketidak stabilan politik. Tetapi sedikit sebanyak sumbangan dari negara-negara maju yang prihatin akan sengsara negara lain seperti Malaysia dapat mengurangkan derita mereka sekali gus dapat memberi ruang untuk mereka bergembira.

Alhamdulillah, negara kita aman tenteram, tidak seperti negara-negara lain. Kita dapat menikmati Hari raya korban dengan sempurna.Tetapi bagi mangsa banjir, mereka tidak dapat meraikan dengan meriah dan gembira tetapi Alhamdulilah Kerajaan banyak memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa banjir dan orang ramai juga banyak memberi sumbangan kepada mangsa banjir, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Semoga Pembaca sekalian dapat berhari raya dengan gembira, amin. Tapi mereka yang kurang bernasib baik, diharapkan bersabar dan tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Allah. Dan berbanyakkanlah berdoa kepada Allah agar dikuatkan iman dan kekuatan menghadapi dugaan Tuhan.



Alhamdulilah, dapat Tengok Matahari Terbenam!


Seperti orang lain, mereka pasti ade cerita tentang Aidiladha yang menarik untuk dikongsi bersama. Jadi Nabil nak cerita sedikit sebanyak kepada kalian kisah Hari Raya Aidiladha Nabil. Nabil harap sahabat dan pembaca seronok membaca apa yang hendak Nabil ingin ceritakan, jadi selamat membaca!!.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


19 Disember 2007 .

Hari ini, nabil akan balik ke kampung, di kedah. Jitra Kedah. Sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Nabil dan sekeluarga bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Nabil rasa gembira dapat balik ke kampung jumpa Tok Wan dan Tok, dah terbayang-bayang muka atuk dan nenek kesayangan nabil dalam kepale, hak3, tak sabar rasanya nak berjumpa dengan atuk dan nenek. Yang bestnya dapat jumpa dengan baby-baby comel terutama Muhammad, Comel sangat…rasa nak cubit ‘aje’.hak3.

Nabil dapat tahu yang ramai saudara nabil nak balik ke kampung. Katanye ade majlis korban yang akan dijalankan di kampung, tapi seekor lembu sahaja yang ditaja khas dari PPD, hoho, mesti meriah bangat sih!!hak3,Selepas semua barang-barang siap masuk dalm kereta, nabil pun bertolak le ke kedah. Dekat-dekat pukul 5.30ptg.Dalam perjalanan ke kampung bemacam-macam imaginasi yang nabil bayangkan pada keesokan harinya, mestilah esokkan hari raya!!.

Dipendekkan cerita, Nabil berhenti solat di perhentian Tapah arah Utara, uishh, perhentian nilah paling nabil suka dari dulu lagi, macam-macam ada!!hak3.Malam tu, kawasan medan seleranya memang penuh dengan manusia bermacam jenis, orang india pun nak balik raye!!hak3, belum hari raya aidiladha, perhentian Tapah tuh dah meriah macam hari raya aidilfitri pulak..hak3.



Pak Lang tgh Baring, Abg Wan mate merah tu, Abg Soleh Bju hijau dan Lain2 lagi, meriah btul malam tu, sampai xdapat tidur.hehe.

Lepas solat, ummi bercadang nak makan di sini sahaje, jadi..semua makan!!, tapi semua tempat dah penuh, terpaksa tunggu giliran nak duduk dekat meja makan.huhu, penat!!.
Selepas habis bermacam-macam, kami pun teruskan perjalanan ke kampong!!.
Nak dipendekkan cerita selepas tidur, makan, minum, tidur balik dalam kereta, kami pun Sampai di kampung dekat-dekat pukui duaa!hak3, arghh!! Mengantuk ‘gila’. Selepas barang-barang diangkat masuk ke dalam, baru dapat tidur sekejap, tetapi dek bunyi bising dekat dapur,


Nabil tidak dapat tidur, sebab ‘perdana menteri’ tengah diskas-discus, TAK Tidur-tidur lagi, siapa lagi kalau bukan pak ngah, pak daq dengan mak aku, mane taknye,
Dah lama tak jumpa, mesti ade macam-macam bende karut-marut yang nak diceritakan.Hak3, persidangan tu akhirnya tamat jua selepas beberapa minit, sebab ‘perdana menteri’ kita penat sangat, nak tidur, esok kan nak raya!!




Sume lepak depan TV, takde keje!



20 disember 2007.

Wargghhh,, ngantuknye nabil, pukul 5 lebih nak dekaq pukui enam noh, Ummi kejuqkan kami cos solat subuh daaa…tanpa melangah-lengahkan masa nabil pergi solat subuh.ngatuk tu memang ngantuk, tapi solat diutamakn dulu.hak3, alimnye, hak3.lepas solat sambung landing tidur balik!!, bangun-bangun je dah kelam kabut, mane taknye dah nak dekat 8.30pgi!!, Seperti gaye superman, Nabil terus msuk bilik air dan trus mandi.
Mengigil nabil lepas keluaq, fuh! Air kampung memang sejuk!.




Amin dengan kakak die, Awatif


Setelah bersiap-siap dengan baju melayu ala-ala baju raihan, barulah nabil bertolak ke Masjid, Nabil ingat nak pergi Masjid Baru, tapi masjid tu dah mula sembahyang Raya, terpaksa patah balik pegi masjid Tanjung Pauh, wah Alhamdulilah, sempat, tapi masih tengah bagi khutbah lagi, memang Gaya dia masjid nih mula lambat…Ingatkan kami saja yang lambat, rupa-rupanya, ramai lagi…kuangkuangkuang.




Ramai balik kampung time nih!




Ni ade forum ke ni?ziarah menzirahi!



Selepas menunaikan Sembahyang Raya, aku dengan budin balik jalan kaki, saje-saje nak bersenam..boleh kurangkan berat badan hak3, setelah sampai di Rumah nenek, Nabil terus ke belakang rumah tok, tengok lembu yang nak disembelih…wahwah….besarnya lembu tu…siap ade dua tanduk yang tak seberape tajamlah..hehe.satu Kwasan lembu tuh penuh dengan bau minyak wangi Version Lembu KampONG!! Hak3, memang tak tahan baunye…hehe.







Budin amik gambar dengan Lembu!!


Tapi telah dijadualkan bahwa lembu itu akan dikorbankan pada keesokan harinye…jengjeng..tak bolehlah sembelih lagi…nak dicepatkan cerita nabil pun amik remote, gi tekan fastforward, sedar-sedar je dah nak malam, mase tu pak Lang dengan Mak Lang dah ade didepan…Tanpa segan silunye, aku buat muka monyok terus masuk ke dalam bilik, ambil tuala masuk ke dalam bilik air!!then?Mandi laahh…

Muke-muke yang yang aku nampak sekilas pandang mase nak amik tuale, memang aku kenal sangat, abg wan-hensem orangnye tinggi, lebih tinggi dari izat, ayie- dah tinggi dah die skrg, zimin aku pggil dengan nme tuh-die mmg tggi.KakWa-wahwah, cantik seperti dulu, abg soleh-Ustaz kita yang dihormati dan lain2 lagi.Semuanye dari Sungai Petani.Cume yang tak da Kak moni lah sorang yang tak balik2, cos Kak moni balik kg. keluarga abg jefri pule tahun ini. Masih dekat Kuala Lumpur.



Ramai-ramai, bergotong -royong, Memotong Daging.






Wah, ade gaye jugak pakcik ni.



Ditambah dengan keluarga Pak Lang, bertambah lame lah cerita ‘Perdana Menteri kita, Pak Ngah!! Dengan Cerita remeh temeh pak ngah serta karut marut yang tidak disertakan dengan bukti kukuh. Hak3, bertambahlah panjang diskas-diskusnye.
Kami sempat ke PasarRaya membeli-belah di kedah, terutama Yawata..dan Aneka!
Seperti biase kalau nak cepatkan cerita amik remote then tkn fastforward.




Pertunjukan ape?




21 Disember 2007







Daging, Daging, Daging.Wei, jgn igat nak makan jek la!!




Hari Yang dinanti-nantikan!, sembelih lembu!!wahwah macam tak penah tengok plak, hak3, biase lah kali pertame buat Korban dekat Rumah nenek, bukan korban ape, korban lembu lahh….Wah seonok sangat.Macam-macam kerja yang kami kena buat, sediakan tempat pemotongan serta bende-bende yang sewaktu dengannye!!.hehe.Lepas buatr segale macam kerja, sekarang baru tiba lah mase masuk waktu sembelih lembu bagi wilayah-wilayah lembu united di korbankan…Hak3, huhu, aku jadi camera-man, dengan beberape ‘wartawan yang berkaliber’ Tangkap-tangkap gambar kejadian penyembelihan lembu di belakang rumah Atuk, memang mengerunkan tapi ape boleh buat, Perutku sudah berbunyi menandekan masuk waktu makan-makan bagi perut-perut manusia united, Hak3, asyiok united je, bersatu ke?semua mulut sendiri la…Hak3,



HaH? ape Abg wan Nak buat tu,?? skali kne sondol kang!



Fuh, ade Gaye makn tuh,!



Rombongan pergi Menghantar daging, bukan Rombongan meminang lak,!!

Oklah, serious, Orang-orang kampung menbacakan doa sebelum menyembelih lembu tersebut, then semua sudah bersiap sedia untuk pergi menyembelihan lembu terbabit.Semua melaungkan ‘ Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar, berulang-ulang kali, dan pakcik kemudian menyembelih dengan berhati-hati kepala lembu tersebut.



Selepas beberape minit lembu dibiarkan mengelupur, akhirnye Kami membuat kerja-kerja siang lembu. Pakcik2 abg2, semua buat kerja-kerja pemotongan daging lembu diluar Rumah nenek, manakale makcik2 kakak2 serta adik membuat persiapan didalm rumah,..Tukang masak kami, tidak lain tidak bukan, Pak Lang!!wah chef yang sangat berkaliber!!serta dengan pasangan beliau mak Lang!..dalm mask-memasak, memang mak lang dengan Pak Lang Expert..huhu, berselere aku nak makan kalau depa masak..





Kunyit?!!, Masak daging Kari lah!!





Sibuk benar, pakcik-pakcik ni!





Yeah, Time Untuk MAkan!!





Pak Lang dengan Kepakarannye.Memasak!




Selapas semua sudah siap,kerja-kerja pemotongan daging pun sudah lame siap,selepas Daging masak berserta aroma yang menangkat anda terbang di langit!!Hak3Memang menyelerakan…semua sahabat-sahabat,saudara-mara dan anak menakan tok, tok wan datang makn di rumah Tok, yang paling menyelerakan Air Oren yang pak Lang buat, memang sedap, minum sekali nak lagi!!hak3.Tetapi ia menyebabkan aku demam sehingga hari ini, sebab aku minum banyak sangat, sejuk plak tu airnye…takpe sekali sekale dalm setahun…





Wah, keje dorang main games je, bukan nak tolong!



Wah, Daging Yang banyak, ni aku sorang pun tak Abis.



Wah, Harry Potter pun Datang la!!Naik Kayu sakti kot!x sngke Harry Potter Turun Padang untuk Bersama-sama dengan Kami.!!Hak3



Kulit Lembu nak Buat Ape Yekk?!



Selepas Habis majlis-majlis makan, lebih kurang pukul 9.00, Kami semua tidak termasuk pakcik, makcik, Main Play Station 2, semua exited sangat dapat main, ikut giliran, hehe.Aku?Nabil tak kisah boleh main dekat rumah…best tengok dorang main.Sampai tengah malam….then tidur sebab esok dah nak balik…


Ramai-ramai berkumpul.Seronok!



Hazimin dah nak Balik dengan Ayie bersama Kak Wa.



Makcik-mAkcik dengan Kakak2, tgh Potong Daging lembu.



Meriahnye...



Huhu, antare rempah-ratus Pak Lang Gune.


22 Disember 2007

Hari ini, aku bangun lambat, sebab Demam, ditambah dengan tetamu yang tidak diundang iaitu selesema serta VVIP iaitu sakit tekak yang dihormati sekalian…Argghh!!Memang dah nasib badan… nak buat macam mane?kn?kn?Berbanyaklah berdoa kepada Allah agar cepat sembuh!!....


Pukui 10.00 pgi lebih, Mak Lang dengan Pak Lang bertolak pulang ke sg. Petani, wah sedih jugakk…Diikuti dengan Kak Wa dengan keretanye…..kini tinggal Aku bersendirian dengan Keluarga aku dengan keluarga Pak daq, Sekarang Nabil sedang menunggu Ayah baiki kereta kt kedai kereta.

Sampai-sampai je, semua bersalam-salaman trlebih dahulu, dengan keluarga Pak daq dan Tok dan Tok Wan.then teruskan perjalanan balik ke rumah di klang.


Tetapi semua sudah menjadi kenangan, kenangan semalam.
Jauh disudut hatiku, terkenangkn kisah semalam.
Kiniku berada di atas tanah putih.
Sambil Memerhati Cahaya Matahari.
Di sebuah Bandar Yang bising.

wah2, Mcm Poem english tu plak.Hak3,
Wokey, Sampai di sini sahaje entri Nabil,
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
MAAF ZAHIR DAN BATIN!.


Berhati-hati di jalan raya,
Jangan bawa laju di hari Raya.
Semoga maju jaya.
Selamat HAri Raya!!
Wassalam....




Gambar ni dapat mse dalm perjalanan pulang ke Klang.



Wau, Indahnya ciptaan Allah yang lagi Maha Agung.



0 479 KoMen:Tambah Komen↴

Followers

Notes Updates

Notes Updates [31/12/2011]

# Pesanan dari Admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi dan menyokong 100% laman blog ini selama ia beroperasi. Tapi dukacita dimaklumkan bahawa admin tidak lagi dapat mengupdate blog ini atas masalah2 tertentu. Walaupun begitu laman blog ini tidak akan di delete, dan masih dapat digunakan oleh semua pengguna.

Senarai project blog oleh admin.
1. http://animaxwidget.blogspot.com
2. http://nnseyo.blogspot.com
3. http://muzikbel.blogspot.com

Laman blog peribadi.
http://nabilharith.blogspot.com - p/s : Sudah berhenti. Mungkin akan ada laman blog peribadi baru.

Laman Facebook - http://www.facebook.com/nabelnajib

TQVM for visiting my web blog. :)

| Other BlogSpot |

Do Visit and Follow, TQVM.

# www.muzikbel.blogspot.com
# www.nnseyo.blogspot.com
# www.saaranghaeyo.blogspot.com
# www.animaxwidget.blogspot.com

Update : Blog diatas tidak akan diupdate untuk sementara, kerana admin sibuk dengan pelajaran dan bulan ramadhan al-mubarak. TQ

Muzikbel Widget


About Me

My photo
Salam n Hi!, Nama saya Nabil Harith, umur 19 tahun (2011), bangga menjadi rakyat malaysia, a proud muslim dan kerjaya sebagai student di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan mengambil kursus Diploma Teknologi Komputer. Menjadikan blog sebagai wadah perkongsian dan diari 'hidup' diri ini.

Popular Posts

<< Buka Kotak ShoutBeL >>