Kelas apa? Kelas 3 Jaya. =)

Share
..
Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman pondok Sekolah [STAR] sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka.

Tiba-tiba si ayah nampak sebuah kelas yang dihiasi dengan cantik sekali berhampiran dengan pondok.Si ayah lalu menuding jaring ke arah Kelas itu sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?""Kelas 3 Jaye, ayah", jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat:"Itu Kelas 3 Jaye ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat:"Kelas 3 Jaye!!"Si ayah terdiam seketika.

Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah:"3 Jayee la ayah.......".Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama.

Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah:"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu Kelas 3 jaye, 3 jaye la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya.Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya.

Ianya sebuah diari lama."Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut:"Hari ini aku di halaman pondok STAR melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba anakku ternampak sebuah kelas yang tersergam indah berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah Kelas itu dan bertanya:"Ayah, apa tu?".Dan aku menjawab,"Kelas 3 Jaye, nak".

Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya.

Aku berharap ia menjadi suatu pendidikan yang berharga buat dirinya."Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu dan matanya kelihatan berkaca.

Si ayah dengan perlahan bersuara, "Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah..."


p/s : Hak3, lawak x?terharu x?..entry ni khas ditujukan kepada semua pelajar 3 Jaya.
aku Harap, sahabat semua jangan lupa kelas kita nanti.Kelas ape? Kelas 3 Jaya, sahabatku.

Diolah semula oleh :

Nabil H

0 479 KoMen:Tambah Komen↴

Followers

Notes Updates

Notes Updates [31/12/2011]

# Pesanan dari Admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi dan menyokong 100% laman blog ini selama ia beroperasi. Tapi dukacita dimaklumkan bahawa admin tidak lagi dapat mengupdate blog ini atas masalah2 tertentu. Walaupun begitu laman blog ini tidak akan di delete, dan masih dapat digunakan oleh semua pengguna.

Senarai project blog oleh admin.
1. http://animaxwidget.blogspot.com
2. http://nnseyo.blogspot.com
3. http://muzikbel.blogspot.com

Laman blog peribadi.
http://nabilharith.blogspot.com - p/s : Sudah berhenti. Mungkin akan ada laman blog peribadi baru.

Laman Facebook - http://www.facebook.com/nabelnajib

TQVM for visiting my web blog. :)

| Other BlogSpot |

Do Visit and Follow, TQVM.

# www.muzikbel.blogspot.com
# www.nnseyo.blogspot.com
# www.saaranghaeyo.blogspot.com
# www.animaxwidget.blogspot.com

Update : Blog diatas tidak akan diupdate untuk sementara, kerana admin sibuk dengan pelajaran dan bulan ramadhan al-mubarak. TQ

Muzikbel Widget


About Me

My photo
Salam n Hi!, Nama saya Nabil Harith, umur 19 tahun (2011), bangga menjadi rakyat malaysia, a proud muslim dan kerjaya sebagai student di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan mengambil kursus Diploma Teknologi Komputer. Menjadikan blog sebagai wadah perkongsian dan diari 'hidup' diri ini.

Popular Posts

<< Buka Kotak ShoutBeL >>