Raikan Tahun Baru Islam - Nabil = )

Share
..
Raikan tahun baru Islam.


Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah

Assalamualaikum Semua Pembaca,…..

Semoga Sahabat-sahabat dan pembaca sihat walafiat. Tahun baru Maal hijrah baru sahaja berlalu, iaitu pada hari khamis lepas, hehe, Tahun ni Nabil sambut biasa-biasa je, tapi yang paling best Ummi masak Rendang!!, Berselera Nabil makan.hehe.

Tak seperti Tahun-tahun yang lepas. Maal Hijrah kali ni, lebih bermakna dan Seronok…
Hehe. Nak tahu kenapa seronok?hehe, tak apalah, Hari ni tak ada mood Nak bercerita pasal tu. Seperti sekolah-sekolah lain, hari sabtu pasti ada Ko-kurikulum…jadi Hari ni ada Ko-kurikulum dekat sekolah SMKTAR, hmmm, ‘best’ la jugak sebab 1st time’ Kawad kaki dengan KRS.

Biasanya selalu dengan pengakap, dah 2 tahun dengan Pengakap sejak form 1 lagi, tapi Nabil Amik keputusan keluar dari pengakap, sebab Pengakap STAR memang teruk, sejak 3 tahun lepas, asyik bermasalah sahaja pengakap, Disiplin kurang!! Memang teruk, Tahun ni tak tahuni lagilah, Harap-harap Persatuan Pengakap Star Berubah. Hrmmm, Cerits tentang KRS pulak, Kawad kaki KRS memang pelik, kalau nak ‘Start’ kawad mesti guna kaki kanan Dulu, fuh!! SUSAH!! Sebab selalu guna kaki Kiri semasa bersama Pengakap, Memang Semua EX-ahli pengakap susah nak Ikutlah!!.

Selepas habis KRS jam pukul 11.15, Nabil dengan Nabil N terus main Tennis berhampiran dengan Gelanggang Badminton, hehe, eddy, Amin, Afif, dengan Sahabat-sahabat Nabil, semua ada bermain Tennis. Sebenarnya nak main dekat Gelanggang Tennis, tapi ada pelajar lain sedang bermain Kriket ‘pulak!!, Fuh, Terpaksa main dekat Gelanggang Badminton.
Habis Main Terus Balik…..penat sangat!!, ‘then’ tidur!!hehe.

Hari ni nabil nak cerita sedikit tentang Maal Hijrah, sebab ramai tak tahu apa itu Maal Hijrah. Mungkin entri sebelum ini telah menghuraikan semua tentang Maal hijrah tapi, Nabil rasa ada kurang sikit!..hehe.

Mungkin sambutan tahun baru Islam tidak disusuli dengan bunga api atau konsert meriah seperti sambutan baru kalendar masihi. Namum, Ma’al Hijrah membawa erti tersendiri bagi umat Islam seluruh dunia.

‘oklah’ Nabil Mula dari Awal.

Hijrah merupakan salah satu daripada peristiwa penting yang berlaku dalam lipatan sejarah kehidupan Rasulullah.

Hijrah adalah perintah Allah yang dikaitkan secara langsung dengan kemuncak kebencian dan konflik sosial yang dialami oleh kaum Quraisy sehingga bertekad membuat perancangan untuk membunuh Rasulullah.

Peristiwa ini digambarkan dalam firman Allah yang bermaksud: "dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (quraisy) memikirkan sedaya upaya terhadapmu untuk menangkap dan menjarkan atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya".
Hijrah merupakan usaha untuk meneruskan aktiviti penyebaran islam dan megembangkan ajaran islam secara aman damai.

Hijrah membuktikan wujudnya permuafakatan erat para sahabat dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Perjalanan lebih 300 Kilometer itu mengambil masa lebih kurang lapan hari dengan melalui perjalanan yang sukar.

Hijrah merupakan permulaan tarikh dalam tahun baru umat islam yang dikenali sebagai Takwin Hijrah yang berasaskan kepada kiraan pergerakaan bulan mengelilingi Dunia.
Takwin Hijrah digunakan oleh umat islam dalam menentukan hari kebesaran islam. Penentuan Tahun Hijrah adalah berasaskan pandangan daripada Khalifah Umar al-Khatab.

Ini berdasarkan peristiwa diman Abu Musa al-As;ari salah seorang Gabenor yang pernah dihantar kepada Umar untuk menjelaskan tarikh surat yang dihantar kepadanya. Dengan itu timbullah keperluan untuk menentukan satu tarikh yang seragam. Sebenarnya di kalangan orang Arab terdapat pelbagai kalendar seperti Tahun Baru Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan lain-lain kalendar yang diasaskan kepada peristiwa yang berlaku dalam masyarakat jahiliyah.

Pemilihan kiraan tahun Hijrah adalah berasaskan peristiwa yang penting yang membawa kejayaan dalam sejarah penyebaran agama islam. Ini juga dibuktikan dengan permuafakatan, kefahaman dan kerjasama yang kuat yang wujud di kalangan masyarakat Arab. Kejatuhan besar antaranya dengan jatuhnya Kerajaan Kisra, pembebasan Baitul Maqdis daripada kekuatan Rom dan pembangunan Masjid al-Aqsa.

Muharram adalah bulan pertama dalam tahun baru Islam. Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ iaitu larangan Allah mencetuskan peperangan atau pertumpahan darah dan tamat setelah pembukaan Kota Makkah. Persoalannya, apa patut kita sebagai umat Islam lakukan bagi memanfaatkan Sambutan tahun baru Islam? Hah!, nilah soalan ramai Orang tak dapat nak jawab sebab diaorang semua langsung tidak memanfaatkan Tahun Baru Hijrah ni.

Dalam hal ni kita digalakkan untuk melaksanakan beberapa tuntutan seperti membaca doa akhir tahun (dibaca pada waktu Akhir Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah!. Pelajar-pelajar Islam Islam pasti sudah Tahu tentang ini kerna telah diberi sedikit taklimat tentang ini, serta telah diberi Doa-doa Akhir Tahun dengan Doa Awal tahun oleh Guru-guru.

Sementara itu, kita dikehendaki membaca doa awal tahun selepas masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah yang menandakan bermulanya tahun baru islam. Seterunya kita pula disunatkan untuk berpuasa dan solat sunat pada hari kesepuluh Muharram. Dalam pada itu, adalah baik kepada kita pada awal tahun baru Islam itu agar kita sentiasa muhasabah diri mula merancang untuk melakukan perubahan demi kecermerlangan diri, keluarga dan masyarakat.
Hijrah fizikal bermakna kita pergi ke suatu tempat dengan tujuan untuk mencari ilmu, mencari rezeki untuk mengubah kehidupan kita bersama-sama dengan orang lain untuk membina masa depan yang gemilang. Hijrah dalam erti kata yang luas bermakna kita mengubah cara berfikir, sikap, personaliti dan tingkah laku daripada negatif kepada positif iaitu daripada buruk kepada baik.

Contohnya beriman dan bertaqwa, sentiasa melakukan tuntutan agama dan kebajikan selain meningkatkan mutu akhlak diri. Hijrah ke arah perubahan bermakna kita sentiasa meneroka dan mencari ilmu fardhu kifayah selain ilmu fardhu ain. Dengan ilmu mendorong hidup untuk mencapai kejayaan. Tanpa ilmu menyebabkan hidup mundur dan miskin.

Jadi, sebagai seorang muslim kita hendaklah sentiasa berazam dan berusaha untuk sentiasa mencari dan meneroka ilmu agar hidup dan masa depan kita berkualiti dan sejahtera. Oleh itu, Islam menjadikan usaha menuntut ilmu sebagai satu kewajipan demi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Jadi Nabil hendak menyeru Sahabat-sahabat dan Pembaca bermunasabah diri, fikir apa yang anda telah lakukan pada Hijrah yang lepas, teliti dan fikir apa yang salah atau negatif dan cuba selesaikan dengan Azam yang baru, semangat yang baru serta kekuatan Iman anda mestilah ‘Kebal’ agar hidup ini sentiasa bermanfaat.Dan memanfaatkan Maal Hijrah Tahun ini dengan sebaik-baiknya. Sentiasa berusaha walaupun sukar, sentiasa gembira walaupun derita, Sentiasa Tersenyum walaupun bengis… hehe, Sekian dari saya

Nabil.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh!

Coretan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.

Sumber Metro Harian!.
Sekitar sambutan Ma’al Hijrah.

Amal sikap sentiasa bersedekah.
Syed Mokhtar ingati pesanan ibu bantu orang ramai.

Puterjaya : "Tuhan bagi saya rasa semua, tak rasa mati saja, yang lain semua dah rasa.
Maksudnya, bila kita dapat nikmat Allah, kita kurniakan nikmat Allah ini untuk kebaikan orang ramai, terutama sekali bagi pelajaran kepada orang susah." Kata penerima Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah/2008 Masihi, Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary, 57.

Beliay berkata, sepanjang 40 tahun terbabit dalam bidang perniagaan bermula dari tahun 60-an, beliau beliau sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat, supaya memberi separuh daripada pendapatan untuk membantu keluarga miskin.

"ketika dapat gaji pertama sebanyak RM 1,500, sewaktu usia 25 tahun, ibu saya kata RM750 guna untuk adik-adik dan RM750 lagi disedekahkan kepada 15 keluarga miskin dalam kawasan kampung saya.

"daripada itu situ jiwa saya dah dibentuk oleh ibu untuk membantu golongan susah yang memerlukan bantuan."Sampai hari ini pun, ada 15 keluarga yang terima bantuan itu, mana-mana penerima yang dah meninggal dunia, kita ganti dengan keluarga lain." Katnya pada sidang media selepas majlis sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah/2008 Masihi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Yang do-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan anugerah tertinggi itu kepada Syed Mokhtar yang menerima pingat, plak, sijil dan wang tunai RM80,000 iaitu RM60,000 disumbangkan kerajaan, manakala bakinya daripada Yayasan Ubaidi. Beliau dipilih menerima pengiktirafan itu berikutan jasa ditakburnya melalui Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan bagi membantu pelajar miskin bukan saja dalam negara malah diluar negara, serta baktinya dalam meningkatkan syiar Islam seperti pembinaan Muzium Kesenian Islam dan Pembinaan di seluruh negara.

Syed Mokhtar yang pertama kali berkongsi rahsia kejayaannya secara terbuka berkata, beliau terdorong untuk membantu meningkatkan kemampuan pelajar miskin selepas dirinya sendiri tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Saya tumpukan memberi bantuan kepada pelajaran sebab diri saya tak ada peluang, saya nak bayar duit yuran peperiksaan untuk Sijil Pelajaran Malaysian (SPM) pun tak ada duit dan saya tak dapat nak lanjutkan pelajaran, samapai tingkatan lima sahaja.

"Sebab itu, bila saya tak dapat peluang, saya rasa peluang itu perlu diberikan kepada orang yang tidak ada kemapuan. "Jadi, kita wujudkan pusat tuisyen dan bagi cikgi-cikgu ni elaun satu jam RM40 dengan kita tumpukan Sains, Matematik atau apa (mata pelajaran) kelemahan budak-budak kita." Katanya.

0 479 KoMen:Tambah Komen↴

Followers

Notes Updates

Notes Updates [31/12/2011]

# Pesanan dari Admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi dan menyokong 100% laman blog ini selama ia beroperasi. Tapi dukacita dimaklumkan bahawa admin tidak lagi dapat mengupdate blog ini atas masalah2 tertentu. Walaupun begitu laman blog ini tidak akan di delete, dan masih dapat digunakan oleh semua pengguna.

Senarai project blog oleh admin.
1. http://animaxwidget.blogspot.com
2. http://nnseyo.blogspot.com
3. http://muzikbel.blogspot.com

Laman blog peribadi.
http://nabilharith.blogspot.com - p/s : Sudah berhenti. Mungkin akan ada laman blog peribadi baru.

Laman Facebook - http://www.facebook.com/nabelnajib

TQVM for visiting my web blog. :)

| Other BlogSpot |

Do Visit and Follow, TQVM.

# www.muzikbel.blogspot.com
# www.nnseyo.blogspot.com
# www.saaranghaeyo.blogspot.com
# www.animaxwidget.blogspot.com

Update : Blog diatas tidak akan diupdate untuk sementara, kerana admin sibuk dengan pelajaran dan bulan ramadhan al-mubarak. TQ

Muzikbel Widget


About Me

My photo
Salam n Hi!, Nama saya Nabil Harith, umur 19 tahun (2011), bangga menjadi rakyat malaysia, a proud muslim dan kerjaya sebagai student di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan mengambil kursus Diploma Teknologi Komputer. Menjadikan blog sebagai wadah perkongsian dan diari 'hidup' diri ini.

Popular Posts

<< Buka Kotak ShoutBeL >>