Surat dari Anak Mak yg dah Tak Nakal.

Share
..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Alhamdulillah, Siap jua entri kali ini,....Pertama, Nabil Nak Mohon Maaf Kerna Membuat Sahabat-Sahabat serta Para Pembaca Tertunggu-tunggu untuk membaca Entry terbaru Nabil. Nabil Sangat Sibuk, Maklumlah Baru Bermula Alam Persekolahan. Pasti Rakan-rakan sebaya Nabil sibuk juga kan?,hehe. Entri kali ini tentang sebuah Surat bertajuk Surat dari Anak Mak yg dah Tak Nakal. Surat ini merupakan, kisah Seorang Anak yang mengenang kembali Arwah Maknya yang sudah meninggal Beberapa Bulan sebelum si anak menulis surat kepada maknya, isi suratnya penuh dengan kenangan memori bersama Maknya yang Suadah tiada, teringat akan kenangan Manis dan pahit bersama Ibunya. Surat ini khas Nabil dapat dari Laman web Bertauliah.

.
Nabil sudah membaca berulang kali surat ini tetapi....Subhanallah.. sungguh syahdu sekali membaca setiap baris ayat dlm surat ini sehingga tidak dapat menahan dari menitiskan air mata .. Allah, ampunkan dosa2ku jua dosa kedua ibu bapaku, serta kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku ketika aku kecil. Ilahi..taqobbal minna,innaka antassmi' ul 'alim. Lapangkanlah urusan seharian ibuku serta Ayahku...moge2 kita mnjadi anak yg soleh dan solehah serta sentiasa mendoakan kedua ibu bapa kita. Jadi sesiapa yang ada Perasaan Kasih Sayang terhadap ibu dan bapa pasti akan menitiskan air mata.

.
Bagi kita yang masih punya anugerah ibu dan bapa daripada Allah yang tiada tandingan di dunia dan akhirat, marilah sama2 kita usaha untuk menjadi anak yg soleh/solehah buat mereka, sentiasa menyenangkan hati mereka dan berdoalah untuk mereka, diampunkan dosa, diterima amal dan diredhai dirahmatiNya selalu. Teruskan berbakti pada mereka selagi masih ada peluang, insyaAllah.Buat mereka yang ibu atau bapa ataupun mungkin kedua2nya telah dijemput pulang oleh Allah, teruskan beramal dan berdoa untuk mereka. Kita tahu kita boleh membantu mereka dengan doa2 daripada anak2 mereka yg soleh/solehah, insyaAllah. Dan simpanlah harapan untuk bertemu mereka di negeri abadi nanti, insyaAllah.

.
Tapi sebelum membaca Surat tersebut, Nabil ingin menceritakan tentang Hari Pertama sekolah di SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang.Sebab sudah Ramai Sahabat Nabil menceritakan Pengalaman Mereka pada Hari pertama di sekolah, jadi Nabil pun ingin berceritakan Pengalaman Nabil sendiri semasa Hari pertama di sekolah. Jangan ingat Kami semua Sama Sekolah, cerita pun sama, Lain orang, lain Cerita.hehe....Alhamdulillah, Kini Nabil di Tingkatan 4, sedang menunggu pengumuman kelas pada minggu depan. Awal pagi sebelum sekolah, memang menyusahkan, tak biasa lagi. Susah Sedikit Nak Menyesuaikan diri lagi.Biasalah Cuti-cuti, dah biasa Tidur lambat, berjaga malam. Jadi Bangun pun mestilah Lambat.hehe.Pagi tu memang agak sukar sedikit, tapi kalau dah menyesuaikan diri, senang sedikit. Tak Payah suruh Mak ,Kejutkan.hehe.Jangan salah Faham pulak, Nabil guna Jam Loceng.hehe.

.
Setiba di Sekolah, Ramai rakan sudah berada di dataran Perdana, terkejut juga, sebab Semua Rakan-rakan sudah berubah, dengan jenis Orangnya dan gaya Rambut yang pelik-pelik.hehe, Nabil pun skrg( buat masa sekaranglah) tak pakai Songkok lagi.Pasti Ramai tertanya-tanyakan? sebab utamanya, Songkok Nabil dah tak muat dan dah berkurun lama songkok tu 'hidup', pasti sudah Buruk, nak beli! tapi dah terlambat, sehari sebelum sekolah baru nak kelam-kabut cakap songkok tak muat.hehe, tapi kalau sempat pergi beli. Mesti susah hendak mencari,....mestilah Songkok siapa nak kan? Orang sekarang mana nak bersongkok-songkok, 'Standard' diaorang pakai Topi lah...
.
Memang hakikatnya Songkok sudah lapuk di fikiran Masyarakat kini, kalau ada menjual pun pasti hanya Sebilangan Kecil sahaja, kerana tidak menguntungkan. Jadi Songkok sudah tidak mendapat tempat di Pasaran lagi, kecuali, "time' nak raya, baru Penjual terpinga-pinga menjual songkok. Nak jadi apalah, orang sekarang nih, terlalu memikirkan Keuntungan!!..Hak Pembeli dimana?! fuh!! Kecoh betul aku pasal songkok nih...hehe. Minta Maaf ya Pembaca, terbawa-bawa kemarahanku..hehe. dah 'stop' Cerita pasal Songkok, Sambung 'balik' Topik asal.
tak lain tak bukan Cerita Sekolah.

.
'Wah', pagi tu memang meriah, sebab ramai Murid, berperagakan Pakaian-pakaian baru. Walaupun ramai jugak Sahabat Nabil "bermata sepet" kerna tidak mem dapat tidur yang baik, mereka tetap gembira dapat bersekolah semula. Berjumpa Rakan-rakan lama menyepi.hehe. "wah" Memang betul, Bila kita sekolah, kita akan rasa Mahu Cuti!!, tapi bila cuti, perasan ingin kembali ke sekolah Makin 'Mengila', kerna Ingin bertemu Sahabat-sahabat dan sentiasa ingin merasai kembali Suasana Alam Persekolahan ketika bercuti. Maaf kerna memgunakan perkatan Gila, tapi hakikatnya, perasaan rindu Nabil Akan sekolah dan kelas 3 Jaya sangat mendalam. Maaf, kita tidak sepatutnya kerap mengingati Peristiwa lalu, kerna mungkin boleh "membunuh" diri sendiri, tetapi adakalanya, kita perlu mengenang kembali agar kita tidak lupa akan kenangan-kenangan lampau yang kita lalui. Ia seakan-akan seperti Munasabah Diri.hehe.

habis Cerita pasal Rindu-merindui, tukar topik asal balik.hehe.
.


Pagi itu tak begitu mengembirakan kerna Hujan sudah "memijak-mijak" kepala setiap Murid SMKTAR,hehe.terpaksa membatalkan Perhimpunan pagi itu, Murid-murid diberitahu mungkin rehat nanti ada perhimpunan bagi menggantikan perhimpunan yang tertangguh,..kalau Mengikut jadual, pagi itu sepatutnya berlangsung "Majlis perhimpun Mengalu-alukan kembali Murid-murid yang sudah lama "tidur dari pelajaran", wah-wah, semua Murid pasti sudah lama tidak membuka "kamus" minda masing-masing, 'syok' sangat Bercuti sampai mengabaikan Pelajaran.hehe. Begitu jugalah Diri Nabil ini, hehe, asyik 'Blogging sahaja kerjaku. Tutup cerita tentang Perhimpunan, buka topik Pasal DM [ Dewan makan ].


.
Cikgu sehaimi mengarahkan Murid tingkatan 4(Baru lepas PMR) ke (DM), Dengan "teratur" Murid bergesa-gesa ke DM, hehe. Nabil dapat tempat di tengah. Tak ramai murid ingin duduk di hadapan sekadar duduk di tengah sudah memadai.hehe. Pesan Cikgu Sehaimi "Bagi golongan Murid yang duduk di belakang adalah dilabelkan sebagai Murid Yang tidak akan maju atau berjaya dan sentiasa mendapat Tempat terbelakang, disisih dan juga disifatkan sebagai murid yang tidak ingin berjaya, iQnye lemah dan sebaginya. Bagi Golongan tengah pula, dilabelkan sebagai pelajar yang 'Confuse' ingin atau tidak ingin, tapi mempunyai potensi untuk berjaya jika mereka 'ingin'. itulah Nabil, Hak7!, 'eleh', izat dengan Haziq pun duduk tengah, semua Berkolompok, Ikut Kaum.., Bagi Mereka yang duduk dihadapan, Cikgu sehaimi menyifatkan mereka ini, suka Bersusah payah untuk senang kemudian, selalu berjaya dalam hidup, berani menyuarakan sesuatu dan selalu mendapat perhatian Masyarakat terutama Arif(lembut), Hak7!!!,Maafkan Nabil ye Arif, kerna mengumpat tentang diri 'ko', hehe.
WARNING: Jangan Mempercayai 100% apa yang Nabil ni, sebab ada yang Nabil tokok tambahkan sebab Nabil tak ingat sangat, 'so' bukan 100% cikgu sehaimi cakap, jangan terpedaya dengan Nabil.'Hak7'
..
Dalam DM tu, memang Bosan, sakit kepala bila Fikirkan, Rasa mengantuk pun ada, tapi nasib baik ada Si Izmeer, dia bawa "cube" petak. 'ala bende yang berwarna-warni, kena susun Balik setiap bahagian mengikut Warnanya,hehe. Nabil tengok ramai yang tak boleh siapkan, Tapi Izmeer? 'wah" sepantas kilat dia dah boleh siapkan, rasa kagum pula bila tengok tangannya laju menyiapkan 'cube' tu, hehe, Tapi rasa kagum tu, tak boleh 'la' lebih-lebih nanti, melalaikan diri, sebab kita kena sentiasa kagum dengan Ciptaan Allah, hadis para Rasul, Al-Qur'an dan Banyak lagi berkaitan Islam. Kalau rasa kagum disemai ke jalan Allah, pasti banyak yang boleh kita manfaatkan.hehe. Sambung balik topik asal, 'wah' Izmeer, Otak dia mesti bagus, ramai jugak 'la' tengok "kehebatan' dia, Dekat sini Nabil nampak sesuatu, ada perasaan Angkuh dan sombong lepas dia siapkan, 'hak7'. Tapi Masih terkawal 'la' keangkuhannya.
.
'Time' rehat lak?, 'best' 'la' jugak, sebab dah lama Nabil tak Makan Nasi lemak Kantin, 'Burger' Kantin serta Makanan Sewaktu dengannya.hehe. Dengar cerita tahun ni dah tukar pengusaha Kantin Tahun lepas, Tahun ni pulak, orang lain yang juga Hamba Allah mengambil Alih Kantin tersebut. Ini semua gara-gara, Visi sekolahlah, Bersih, berkualiti dan berprestij. "hurmmm", Tahun ni, peraturan semua ketat, Kalau nak makan?, makan dekat kantin. Sedih, pedih sebab Nabil suka makan dekat "spot" Nabil, hehe.Sayang sekali tahun ini. Lepas dah Makan, Semua Murid diarahkan meninggalkan Kantin, Komen Nabil tentang Makanan dekat kantin? Semua 'ok' asalkan Halal, semua makanan Nabil 'ngap' 'aje',hehe.
.
Cerita pasal Murid baru pula, Hari pertama, Murid yang baru dapat dipastikan ialah seramai Lima Orang. hehe, Azri, Syakira, lagi 3 orang tu, Nabil tak ingat. '1st' skali ingat si syakira tuh, India, tapi bila dia berucap, hampir 70% dalam DM kena serangan jantung, sebabnya dia mengucapkan "Assalamualaikum!!", Gara-gara itu, Nabil terrasa tergamam seketika. dalam hati Nabil Hanya berkata "ini mungkin India Masuk Islam" 'Fuh", nabil tak bermaksud Nak mengumpat 'ya', hmmm, tapi yang sedihnya dia tak pakai Tudung, itulah yang membuatkan Nabil percaya dia bukan di kalangan kita. Tapi, itu sudah membetulkan tanggapan Nabil terhadap si Dia, Maafkan Nabil ya. Dia merupakan Pelajar dari convent. Cerita Lagi seorang murid Baru, Azri dari Sekolah La Salle(betul ke nabil eja?) 'wh-wah" Pelajar Dari Seberang pun ingin memasuki SMKTAR.hehe.Nabil tidak ingin bercerita tentang Murid ini, Hanya dapat tahu dia Kawan kepada Izmeer dan mempunyai Niat yang baik untuk berpindah saudah memadai.
.
Dalam DM lagi, Cikgu sehaimi menjemput beberapa Pelajar cemerlang seperti Arif,Yasmin, Haziq, Izmeer dan seorang dari kelas 3 Yakin, jangan beranggapan salah pula, Seorang Murid Dari Kelas tercorot pun boleh dikira Cemerlang dari pada Murid-murid kelasnyam dia mendapat 4A, pelbagai Kesusahan dia terima ketika berada Dalam Kelas itu, tapi dia telah membuktikan tidak perlu seseorang berada di kelas yang pandai-pandai untuk berjaya sekadar berada Di kelas yang Hujung, dia berjaya dapat 4A. Tahniah ya saudari, Nabil kagum,...tapi Nabil tak tahu Nama Saudari, harap Maaf......
.
Fuh, antara ucapan-ucapan "panjang" mereka, ucapan si Arif la paling menyakitkan hati...Ucapannya berdialog begini."Believe yourself in what ever you are. Even you are a punk, or gothic!".
.
Nabil sangat tidak bersetuju dangan apa saudara Arif perkatakan, Rasa sakit hati Nabil bila dengar memang pedih...bila seseorang beragama islam berkata begitu, seolah-olah dia bukan beragam islam, memang tak dapat dinafikan Kini, Semakin Ramai Remaja MURTAD. Nabil sangat kecewa, kerna dia seorang sahabat Nabil yang sudah lama berkawan, sejak "tuisyen" dengan dia, Nabil Berharap dia sedar Akan perkataannya itu, yang boleh menyakitkan hati Orang lain, dan Nabil sebagai Rakannya berharap Arif tidak terjerumus ke kancah Maksiat, semoga Allah Menolong Arif, memberi petunjuk ke arah Jalan Islam Yang suci!!.
.
Mungkin kenyataan Arif dapat sokongan dari Murid Bukan-Islam, tetapi Arif perlu sedar, Kita Beragama islam, perlu ikut Syariat Islam, kita ada Jalan Sendiri. jadi, Nabil Harap Arif Sedar akan Salahnya apa yang telah Arif Katakan. Maaf Nabil bukan berniat ingin memburuk-burukkan Sahabat, andai kamu sedang membaca, Nabil ingin memohon Maaf yang amat sangat, Nabil tak nak hilang kawan, cuma......anggap ini sebagai entri Munasabah diri, membaca pendapat orang lain tentang dirimu Arif, Perbaiki lagi diri kau Arif. Insya-Allah jika Niat kau berlapikkan Niat yang baik, Allah Pasti menolong kau, Jadi fikir-fikirkan la Arif.
.
Kenyatan Yasmin, sedikit sebanyak melegakan Diri Nabil kerna dia sama sekali membantah Apa yang saudara Arif perkatakan.....fuh....legaaa.....
.
Tutup topik nih, tukar topik lain.....
Nabil duduk sebelah si Nabil Nordin dengan Khalili, macam-macam cerita hendak diceritakan, maklumlah sudah lama tidak ketemu....pasti banyak karenah...hehe. Seperti Hari persekolahan yang lain, Pasti berakhir jua masa untuk belajar, Semua Pelajar 'happy' dapat balik.....Tapi belum lagi..Nabil dengan Nabil Nordin merajinkan diri ke kedai serbaneka 7-eleven, hanya sekadar Membeli Makanan serta minuman...dalam pada itu, Nabil mengambil kesempatan melihat wajah-wajah baru Star dan La Salle, 'Wah' 'cute-cute" semua Murid Baru tu...hehe. Dapat melihat cahaya masa depan pada setiap muka-muka Adik-adik baru....Asalkan dengan Niat yang baik berserta dengan keAzaman dalam pelajaran dan kerajinan dalam Beribadat pasti berjaya Kelak....
.
Tamat sudah Hari pertama Nabil.....
Kali kurang seronok kerana Afif ustaz bersongkok sudah tiada lagi...........sedihnya, kalau ada dia pasti kecoh satu Sekolah.hehe, Afif...Kami semua pasti merindui kamu disana......hehe.
.
Hari Kedua Bersekolah pula, Nabil tak Nak cakap panjang sangat....tapi yang "BESTNYA!!, Kawan ku Baru berpindah ke sini!!!!STAR!!, huhu, Nama dia Ehsan seorang pelajar yang bagus, hemsem lah jugak..hehe. Tapi sayang kalau semua Perempuan nak dekat Ehsan, pasti tak dapat sebab DIA DAH ADA ATHIRAH!!!Hak7!!, Malas lah nak gossip nih, nanti budak-budak Yayasan "tension' bila dengar Athirah sudah berpunya...hehe. Yang pasti Qudduz dah tahu sebab nabil bagitahu....hehe.
.
"time' perhimpunan lah paling GERAM!!!!Sebab, Cikgu telah mengumumkan masa persekolahan bagi Form 4 di lanjutkan ke 1.40 PM!!!Argh, Isnin? 2.10!! 'wargghh' Sakit hatiku bila memdengarnya...tapi memang hakikatnya sebab Tahun ni kita ade SIVIK!!yang tidak diundang memasuki Jadual Harian persekolahan.hehe.Pelbagai bantahan serta ugutan Kami lemparkan, tapi secara memperbelakang cikgu, Hehe. Ugut, pindah sekolah, tapi nanti cikgu sehaimilah gembira, sebab Payah susah nak uruskan Kitaorang....'ceh'..Nasib baik ada Wong Lo Kat!!, Panas Badan pun TIada!!'Hak7!.
.
Setakat ini sahaja Luahan isi Hatiku dan Pengalaman hari pertama persekolahan di SMKTAR. Segala kesilapan yang berlaku secara langsung mahupun secara tidak langsung adalah secara kebetulan, Nabil nak minta Maaf bagi diri Nabil kepada Pembaca Sekira Pembaca Terguris apabila Membaca entri ini, Nabil tidak bermaksud untuk menyakiti Sahabat. Kalau Tidak Puas hati, Nabil minta maaf dari hujung Rambut hingga hujung Kaki.Allahlah segala-galanya yang merancang di sebalik usaha ini kerana Dia adalah sebaik-baik pembuat keputusan, dan sentiasa ingat, Kita Hanya Merancang, Dialah menentukan!!!
.
Untuk Kesenangan Hati Pembaca, Nabil telah menyajikan Anda dengan Surat bertajuk " Surat dari Anak Mak yg dah tak Nakal!! "hope' korang membaca surat tu dengan Teliti agar Anda pembaca Puas Hati dengan Surat itu, Memang surat ni agak kurang dibaca tapi bagi mereka Yang dah banyak buat salah dengan IbuBapa Pasti Terrasa pedihnya..........dah Berapa banyak Kita Melawan Cakap ibu, ....sedih.., Pasti sahabat sedih Membaca surat ini, begitu jugalah dengan Nabil........
.
Kata terakhir dari Nabil :
"Enjoylah membaca"


Surat Dari Anak Mak yg Dah Tak Nakal


Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....

itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...
rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....

Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
.
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
.
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....

Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil.. tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
.
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....

tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....

Mak.....

Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006 Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....

Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...
sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu...
dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata...
" dikk...jangan nangis...
kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....

Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..

Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...

makk...
anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...

kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata...
" tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....

cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
sob,sob....waaaa.....THK MAKKK!!!!!!!!

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil.
.
Sumber Dari Saifulislam.com...
ditaip semula oleh Nabil...
Ditokok tambah Oleh Nabil...
sekian dari Nabil..
Assalamualaikum...


0 479 KoMen:Tambah Komen↴

Followers

Notes Updates

Notes Updates [31/12/2011]

# Pesanan dari Admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi dan menyokong 100% laman blog ini selama ia beroperasi. Tapi dukacita dimaklumkan bahawa admin tidak lagi dapat mengupdate blog ini atas masalah2 tertentu. Walaupun begitu laman blog ini tidak akan di delete, dan masih dapat digunakan oleh semua pengguna.

Senarai project blog oleh admin.
1. http://animaxwidget.blogspot.com
2. http://nnseyo.blogspot.com
3. http://muzikbel.blogspot.com

Laman blog peribadi.
http://nabilharith.blogspot.com - p/s : Sudah berhenti. Mungkin akan ada laman blog peribadi baru.

Laman Facebook - http://www.facebook.com/nabelnajib

TQVM for visiting my web blog. :)

| Other BlogSpot |

Do Visit and Follow, TQVM.

# www.muzikbel.blogspot.com
# www.nnseyo.blogspot.com
# www.saaranghaeyo.blogspot.com
# www.animaxwidget.blogspot.com

Update : Blog diatas tidak akan diupdate untuk sementara, kerana admin sibuk dengan pelajaran dan bulan ramadhan al-mubarak. TQ

Muzikbel Widget


About Me

My photo
Salam n Hi!, Nama saya Nabil Harith, umur 19 tahun (2011), bangga menjadi rakyat malaysia, a proud muslim dan kerjaya sebagai student di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan mengambil kursus Diploma Teknologi Komputer. Menjadikan blog sebagai wadah perkongsian dan diari 'hidup' diri ini.

Popular Posts

<< Buka Kotak ShoutBeL >>