Perkhemahan Kenaikan Pangkat KRS (Kadet Remaja Sekolah) Selangor.

Share
..
Perkhemahan KRS. Bahagian 1.

Assalamualaikum, apa khabar semua?..
sihat? alhamdulillah... aku sekarang ada batuk-batuk sikit,..
tapi dah lega sikit...

aku nak minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak update blog ni,.. (sorry Nabil Pakai aku, sebab nak cepat) aku sekarang ni makin sibuk, sibuk benar dengan latihan kawat kaki KRS lagi, dengan latihan Sofball Lagi, huh, penat, pening. Tapi tak apalah memang aku yang semangat nak masuk, terima jelah cabarannya. kalau tak silap aku, pertandingan Kawad kaki dah dekat dah ni, birthday dia 30.04.2008!!.. adui, sakit. lagi berapa minggu je lagi. Sofball lagi menakutkan, hari jadi dia lagi dua minggu dari sekarang!!. Jantungku dah makin kencang! dupdapdupdap!, duaaa mingguuuu.... hmmm...

Start minggu depan, pagi, petang ada latihan sofball diselang-seli dengan latihan kawad kaki!, so, tak masuk kelaslah jawabnya... yang sofball ni pulak, betul-betul nak menang, tu lah sebab nak buat latihan pagi, petang... Mana taknya, Tahun lepas tak hantar pun Pasukan sofball lawan.... Tahun ni semangat sikit lepas cikgu sakinah kata nak hantar STar lawan... Hanif, orang yang menyarankan aku masuk jadi wakil sekolah sebab tak cukup orang.. Sekarang aku ada dua permainan, Tenis dan Sofball...
best!.. suka hati je, masuk..

Hari ni update pun sebab ada masa lapang sedikit,... ni pun gara-gara atas permintaan RAMAI, terutamanya si Atin cute"
http://xxprincess-atinxx.blogspot.com" yang selalu setia menunggu aku update.. kesian atinn.. dan terima kasih kepada Pelajar baru kita Nadia"http://syee64heeslurfx.blogspot.com" yang baru sahaja berpindah ke SMK tengku Ampuan Rahimah, klang. Haha, Budak baru terus jadi pengawas? hairan!hahaha. Jangan bagi aku sebut pasal cikgu tak berkualiti kang!. hahaha Thank Atin n Nadia.

Oklah, aku cerita sedikit pasal Kem KRS hari itu, Pasti Ramai nak tahu apa aku buat dekat sana?... Banyak benda Boleh kita Belajar dari entry kali nih, Jom Baca...

Diari Kem KRS..>Bahagian Satu.

Detik Permulaan Pengembaraan...

JUMAAT.28 Mac 2008.


Merupakan tarikh keramat bermulanya pengembaraan seorang pemuda yang berpangkat Kadet atau prebet yang akan mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran perlu ditempuhinya. Itulah Aku..hehe, Pemuda yang hanya berbekalkan pengalaman 3 bulan bersama KRS( Walaupun sejak tahun lepas aku masuk, tapi tak pernah datang perjumpaan KRS pun..Huahua ). Tahun ni baru Aktif, maklumlah tahun lepas PMR, fokus pelajaran je. Tapi Tidakkah anda Hairan atau musyskil? Bagaimana aku dapat pergi ke kem Kenaikan Pangkat KRS? sedang Setiap Ahli KRS mesti mempunyai pengalaman 2,3 tahun dengan KRS, Baru boleh pergi amik Pangkat?hahaha, kesian diaorang, dah tiga tahun dengan KRS tak dapat pergi(tak terpilih).. huahuahua, Alangkah bertuahnya aku!!haha. Tak apa cuba tahun depan, lagipun Camp ni fokus Form 4 dengan form 5. Form 3 Tarak boleh Masyuk sebab PMR.. Hmm.. lagipun tak ada siapa nak pergi, Akak husna Pilih aku dengan amin serta Shaqeer je, tak ketinggalan shobana G dengan Kak Atiqah. 3 lelaki 2 perempuan. Kak atiqah Nama Glamour dia Kak NaL... ntah asal suka sangat dengan nama tuh, selalu makan McDonald lah tu!! hahahaa...

Jumaat, pagi tu macam biasa, pergi sekolah. Semua peralatan, barang-barang untuk perkhemahan nanti dah Di kemaskan malam tu jugak.. Malam Jumaat. Macam-macam lah jugak barang aku bawa. Pinggang, mangkuk, sudu, garfu, benda macam tu pun nak bawa?, ni semua atas arahan Kak NaL lah (Atiqah). Malam tu, prepare abis-abisan, so pagi tu pergi sekolah macam biasa, then pagi tu jugak syaqeer kelam-kabut tanya pasal Khemah ada ke tak! dia ingat sekolah nak bagi pinjam, sponsor, hmm... Sekolah kedekut betul!..haha, Semua dah panik sebab kena bawa Khemah sendiri... Alhamdulillah, shaqeer tanya malam jumaat tu, aku terus pergi cari,... Jumpa pun Khemah...DUA khemah pulak Tu!!.. ah.. lega....cukup aku, shaqeer dengan amin... Kak NaL dengan Shobana?.. dorang dah ada dah... siapa ntah bagi pinjam..

Terpaksa aku bawa khemah tu...tapi khemah tuh ada sedikit rosak, sebab dah lama tak digunakan... tak mengapa asal boleh guna sudah....

Balik sekolah, terus pergi masjid, menunaikan solat wajib Jumaat. Mandi? ish3 tu pun nak tanya ke?... mestilah mandi dulu, pakai wangi-wangian.. sunat. Sempat makan pulak tu!!... Lepas perut Dah loaded, baru pergi sembahyang Jumaat. lepas balik terus pergi SMK Tengku ampuan Rahimah, Klang dengan Ayah. Sampai-sampai, tak ada kelibat dua orang insan bernama Sahabat tu,..wah-wah, Kak Nal dengan amin. Igatkan dah lambat, rupanya awal lagi. janji jumpa pukul 2.30... ni tak nampak batang hidung pun... tak mengapa aku tunggu...

selepas tu, ada seorang cikgu menghampiri aku, Cikgu tersebut menanyakan sesuatu, "Kamu ni yang pergi Camp tu kn?, mana lagi dua orang?.. Aku hanya mengatakan kepada cikgu tersebut bahawa mereka belum sampai lagi... Cikgu tersebut, memberitahu bahawa dialah yang hantar Aku dan member lain pergi Ke SM Teknik, Klang.
Shaqeer dengan shobana pergi sendiri... Aku?..Aku nak pergi ramai-ramai baru feeling..

Sementara menunggu amin datang. Aku pergi ke padang mencari fiqry, ada sesuatu hendak aku katakan kepadanya.. ketika itu, Kak Nal terus menuju ke dewan makan Asrama (Astar nama diberi)... terkini, dia sempat berpesan kepadaku " Nanti klau amin dah sampai, kumpul dekat dataran perdana". Aku menggangguk tanda setuju... Kak Nal terus pergi... Kelibat mamat berbadan besar tidak jua ku temui, Fiqry, dekat Gerai Usahawan pun tak ada, entah kemana Profesor menghilangkan diri, Puas kucari tak jumpa-jumpak jua. Dengan perasaan kecewa aku terus ke parking kereta yang khas untuk Pengetua dan Orang Kanannya.. serta Konco-konconya.. haha,.. Di tepi pagar berdekatan pondok Pengawal tulah, aku menunggu si Amin nih... janji pukul 2.30, sekarang dah lebih 13 minit... 30 minit tambah 13 jadi = 43 minit... hahaha, tu pun nak Bagitau ke?.. 2.43 petang. hmm... sedang aku tercari-cari Amin, ternampak Khaidir dari jauh yang berbadan gempal tu... Berpakaian baju sukan Sekolah. Aku terus menanyakan Kelibat Amin de simpang lima yang baru dilalui oleh khaidir...

Ouch, Malang nasibku, pertanyan ke tidak terjawab... Khaidir pun tidak tahu kemana Amin berada... Mungkin amin baru sahaja balik ke Rumah dari sembahyang Jumaat, dan mengambil masa yang agak lama untuk ke Sekolah. Selang berapa minit kemudian. akhirnya amin sampai jua, dari jauh lagi kelihatan seorang pemuda berjalan menuju ke Pintu Pagar sekolah... yea, Aku pasti, itu Amin, dari gaya dia berjalan, ternyata Pemuda itu ialah Amin... hahaha,.. Memang aku kenal cara dia berjalan pelik sedikit dari orang lain....hahaha..

Aku terus menyapanya apabila Amin makin mendekati dan menghampiri pintu Utama Star, "Amin asal ko, lambat sangat?.. dah Dua jam Aku tunggu!Lama aku tunggu taw tak?!" Aku bergurau, sambil tersenyum. Amin dengan muka tidak bersalah sambil tersengih-sengih menjawab kembali " Lepak Ar Nabil, Aku ikut pintu/Pagar belakang, tapi tak buka pulak! aduh, sorry ar Bil". Huahuahua, patut la Lambat... Terkezut juga aku, melihat Amin yang hanya membawa satu beg Besar sahaja...sepatutnya kena bawa banyak lagi Barang!...ish3, Tapi tak mengapa, asakan amin datang sudah, kalau tak, nanti tak ada geng lah, Rasa Lega, Semua barang-barang dikumpulkan di atas Datarab perdana. Alhamdulillah, Semua Selamat tiba Ke sekolah.

Hanya menunggu Masa Berangkat ke SM Teknik pula....

Bersambung.....

P/s : NabiL sedang mempraktikkan Gaya bahasa dan cara menulis.... lebih kepada formal..hehe, Saje, nak try benda baru.... Best la pulak... Ke Bersambung kepada episoded ke- DUA.


0 479 KoMen:Tambah Komen↴

Followers

Notes Updates

Notes Updates [31/12/2011]

# Pesanan dari Admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi dan menyokong 100% laman blog ini selama ia beroperasi. Tapi dukacita dimaklumkan bahawa admin tidak lagi dapat mengupdate blog ini atas masalah2 tertentu. Walaupun begitu laman blog ini tidak akan di delete, dan masih dapat digunakan oleh semua pengguna.

Senarai project blog oleh admin.
1. http://animaxwidget.blogspot.com
2. http://nnseyo.blogspot.com
3. http://muzikbel.blogspot.com

Laman blog peribadi.
http://nabilharith.blogspot.com - p/s : Sudah berhenti. Mungkin akan ada laman blog peribadi baru.

Laman Facebook - http://www.facebook.com/nabelnajib

TQVM for visiting my web blog. :)

| Other BlogSpot |

Do Visit and Follow, TQVM.

# www.muzikbel.blogspot.com
# www.nnseyo.blogspot.com
# www.saaranghaeyo.blogspot.com
# www.animaxwidget.blogspot.com

Update : Blog diatas tidak akan diupdate untuk sementara, kerana admin sibuk dengan pelajaran dan bulan ramadhan al-mubarak. TQ

Muzikbel Widget


About Me

My photo
Salam n Hi!, Nama saya Nabil Harith, umur 19 tahun (2011), bangga menjadi rakyat malaysia, a proud muslim dan kerjaya sebagai student di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan mengambil kursus Diploma Teknologi Komputer. Menjadikan blog sebagai wadah perkongsian dan diari 'hidup' diri ini.

Popular Posts

<< Buka Kotak ShoutBeL >>