Santai Hujung Minggu

Share
..

"Fiqry : Depan Pagar Sekolah"
[ Klik images ]
Salam... Hi..

Penat betul aku hari ni, Buat Tugasan Ustazah Bagi, Kena Pakai Power Point, Leceh laa.. Buat Dalam Group, Ada 4 Orang, Aku, Fiqry, Amin dan Hanif,.. huhu, Geng 4 Science 1 a.k.a "Jejaka Jalanan".. "hahaha".. Idea Fiqry,...


"Jangan Tidur"

Ustazah Bagi 6 ke 7 Tajuk untuk presentation,.. Cheq dapat Tajuk Iman Syafi'e.. waa..
oklah jugak, senang, sebab Fiqry dah sediakan semua Bahan! Tapi Siapa TaiP?
Kalau Bab-bab Macam Ni, Mesti aku aje Yang kena, Yealah, Kalau bukan aku siapa lgi?..huahuahua..

Masalah sekarang nih!, Ustazah PAKAI Power Point 2003 Atau 2007???!!...
Aku cuma ada MPP 2007, Tapi Kalau Ustazah Pakai 2003, Mautlah,... Tak leh Jalan..
sebab Berbeza.. Bak kata fiqry, Keluar Kotak-kotak tulisan [ Tak Paham?, Buat2 Paham lah hangpa! ]"Aku : Nak Balik Sekolah!"

Nasib Baek Kawe jumpa Jalan Penyelesaiannye.. Convert file MPP 2007 kpd File MPP 2003.. huahuahua... Janji dah ada "backup"..

Siapa jadi Pengacaranya?... Dah Tentulah Hanif!.. Dia Ambil Risiko sebab tak buat apa-apa... Tapi Amin?.. Aiyoo.. tarak Tahu aku, apa dia kena Buat!.. Kita tengok jelah Nanti..

hmmmmm..... Tiba Masa nak masuk Kelas Agama, mesti seram sejuk "kawe" rasa... "haha"
Kawan kawe?... Dema semua sama Aje... Ustazah Nampak "Menakutkan".. Itulah Kawan-kawan Cheq Habaq Kat Kawe..., Aku memang tak dapat nafikan.. Tapi, Bagi aku, Ustazah Memang "Hebat"!!, kenapa hebat?.. Sebab kelas Ustazah hanif susah Nak Tidur..
Fiqry pun tak brani nak main-main, Amin lgi lah.. Asal Lawan cakap ustazah mesti kena Balik... Aku?. "cover line"lah Jadi Budak Baek!!..

Kawe bukannye apa.. Bila tiba masa Minta Buku latihan / nota hantar, mesti ada je Belum siap,.. apa lagi, Ustazah main jeling-jelinglah!.. "hahahaha" itu masa Kelas Bahasa Arab... Izmeer?..lgi lah, WAKIL SEKOLAH!!, dengan Tak ada Buku Nota tuuu..
Dapat "hadiah" dari Ustazah Baru taw!!

"Click Untuk Besarkan Gambar"

Jumaat - Tak Hadir..
Aduh,...Demam pulak!..tak serious Mana pun..
Tido punya tido bangun pukul 8am, "ALAMAK".. Patutnye Kena Bagi Sesuatu kpd Shaqeer,.. Gawat nih!!..

Telefonnn.... telefon berbunyiii... Ada "haiwan" dalam Bahaya!.. ada Haiwan Dalam bahaya di sana!!.. "hahahaha".. WONDER PET lah Pulak!.. OH tidak, nih Mesti Panggilan dari Shaqeer!!!... Dengan Muka gantuknya aku Sahut Panggilan, Ah... Memang Shaqeer..

"wei, NabiL Cepat Lah, Mana Buku tuh!, Asal tak datang sekolah!? dan Blaa.blaa... Wah-wah, Kabut Nampak!.. Mana taknye, Ahad nih!, Oppss Hari Nih Shaq kena pergi Kem Kadet Remaja Sekolah Kenaikan Pangkat Sarjan dan Staff Sarjan bertempat di plaza shah alam central!.. eh, macam dalam tv lak!, entah Ape Mana tempat shaq sebut... Kabut sangat..

"ok, ok... aku datang, tempat Blakang tandas Sekolah!, Masa.. Rehat!..

Jam sekarang menunjukkan pukul 8.45 pagi.. "hmmm... Mesti hanif tengah Tension / Marah-marah dalam kelas... hahaha, tak paham Subjek FIZIK letuuu.."

"warrghhhh!" Gantuknyeeee... Time nih Gak dia Buat hal!... Basuh muka, gosok gigi, terus mandi.. dah siap-siap...Terpandang jam dkt dinding.. 9.10,.. "lalala",..
"HAH?!!!... Hampir Rehat!!.. Emergency.. Terus amik Kunci basikal, topi, buku!..
Dari Rumah Lagi, cheq dah pecut dgn gerek cheq!... Naik Mountain Bike tuuuu...
hahahaha... sesampai je,.Tempat "penyeludupan".. aku tengok Jam, "wahhh!!".. Rekod Baru hampir 3 KM Dalam masa kurang 6 Minit... tak silap aku.. 5 minit 47 saat!!.

Dah leh join "LeTour De Langkawi ni!"... Dari Jauh dah nampak Mamat gelap sikit tu..
Muka, Ish3!, Cuwak Sangat!!.. "Arggghhh, Tenkiu NabiL, U My Friend!" "Tenkiu apa?.. Kacau aku Nak tido adelah!." huahuahua... Lepas Seludup tuuu, aku Balik umah...
Semua Pandang-pandang je aku, "hahaha"... Dah la pakai Baju Sukan SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang..." Panjang tuu, sje promot sekolah!.. Dengan seluar sukan..

Balik umah sambung tido... sejuk!,.. "Ah-ah-ahhhChooo..." Selsemaaaa...
"wahhhh" Indahnya Tido Pada Pagi Jumaat,.. Dah la sejuk... nyaman.. aman, harmoni..
dan zzzzzzz...[ tidooo ] rugi kawan-kawan tak dapat join Aku tidoo.. Hahahaha..


Di Hari yang berbahagia ini, aku selitkan sebuah Cerpen diambil dari Buku Adik aku..
wahhh... Gara-gara haniflah!, tiba-tiba setuju dengan Nadia n Fatin.. last-last aku yang kena surf internet cari... tapi tak jumpa.. Sebenarnye jumpa tapi Panjang sangat.. 3, 4 muka penuh dalam Perisian Microsoft word tuu..

so, aku taip balik cerpen dari buku adik aku... Sambil-sambil tu, Aku buat aku punya sekali.. entah berapa artikel.. Tapi Kantoi, Nadia Fatin, pegang bahagian Agama je,... Bukan Bahagian Bahasa Melayu.. tapi tak ape lah dah hantar!
Aku hantar bukan untuk aku sorang je... Aku letak Nama Hanif, Amin, Fiqry...
Sebab Aku takde lah Tamak sangat!.. Harap-haraplah artikel tu diterima.. kalau tak..
Redha jelah dengan Pemergian Kertas-kertasku... "Huahuahua"

SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT TERHIBUR!!..

NabiL a.k.a Pemuda Jalanan

[p/s] Kepada Nadia dan Fatin, kalau boleh korang hantarkanlah artikel aku kepada yang berkenaan tu yang Memegang Bahagian Bahasa Melayu... Itu punnnnn,.. Kalau hangpa Baek hati, nak Hantaq,. Kalau tak boleh nak buat Lagu Mana?!.. redha jelah!..




AKU

Kelas Tingkatan Empat Mawar yang tadinya begitu bising kini sunyi sepi melihat kedatangan pelajar baru iaitu aku. “Ini pelajar baru Liza namanya”, Cikgu Safiah memperkenalkan aku kepada seisi kelas. Aku mengukir seulas senyuman. dalam hati hanya Tuhan yang tahu, betapa gementarnya aku berada di sekolah baru ini. Aku melihat mereka berbisik-bisik mungkin terkejut dengan penampilanku yang tidak bertudung seperti pelajar islam perempuan yang lain. Apa aku peduli!

Pada awalnya, memanglah agak janggal tetapi selepas beberapa bulan, aku sudah mula mendampingi kawan-kawan walaupun terdapat segelintir pelajar yang memandang serong terhadapku. Pastinya penampilanku yang berbeza dan agak sosial. Kuakui aku seorang yang jahil darisudut agama. Mungkin kerana didikan yang kurang diberikan perhatian oleh ayah. Siapa tidak kenal, Dato’ Hijjaz, seorang ahli perniagaan yang berjaya dan disegani sekaligus merangkap ayahku juga. Kesibukan ayah membuat aku lebih senang berada bersama kawan-kwan yang menjanjikanaku dengan kehidupan yang bebas. Namun, apabila aku menginjak ke umur enam belas, ayah meminta aku tinggal bersama opah di kampung kerana katanya, risau akan diriku.

Aku hanya mampu menurut kata. Lagipun, mama sudah lama meninggal dunia sewaktu aku berusia empat tahun kerana terlibat dalam suatu kemalangan yang dashyat yang turut meragut nyawa abang kandungku. Ayah memang seorang yang setia. Sampai saat ini, ayah lebih suka bersendirian daripada mencari pengganti mama. Tapi, dalam masa yang sama, aku sangat menginginkan belaian seorang ibu. Pernah kuajukan pertanyaan kepada ayah untuk berkahwin lagi tetapi ayah hanya mampu tersenyum memandangku. Walaupun begitu, aku bebas hidup begini. Bagiku, aku tetap aku.

Aku memandang sekilas jam di pergelangan tangan yang menunjukkan tepat pukul tujuh pagi. Masih awal. Semua ini kerja opahlah, entah semangat apa kejutkan aku pukul lima pagi. Selalunya pukul lima setengah pagi pun belum tentu lagi. Aku mengatup mulutku beberapa kali.Rasa mengantuk barangkali masih belum hilang. Aku mengatur langkah menuju ke kelas. Keadaan sekolah kelihatan lengang. Cuma terdapat beberapa orang pelajar yang baru hadir. Ketika aku menepak masuk ke dalam kelas kelihatan kelibat seorang pelajar di dalam kelas tersebut. Ikhwan. Ya, namanya ikhwan. Hampir kabur dalam ingatan. Maklumlah, dia memang pelajar yang paling pendiam, jadi tidak hairanlah kalau aku boleh lupa namanya.

Aku menghampirinya. “Hai”, aku menegur Ikhwan yang kukira memang kami tidak pernah bertegur sapa sejak aku berada di sekolah ini. Aku sebenarnya seorang yang peramah Cuma aku belum mampu untuk membiasakan diri dengan persekitaran yang baru. Muka Ikhwan tetap serius dan tiada tindak balas atas sapaanku tadi. Aku menyapanya untuk sekalian kalinya. Namun, tiada tindak balas yang kuterima. “Aku cakap dengan tunggul agaknya,” rungutku dalam hati. Rasa malu tidak dapat dibendung, lantas aku beredar dari tempat.

******

Bungkusan hijau itu kuperhatikan lama. Lantas, aku membuka bungkusan tersebut. Sehelai tudung melurut jatuh. Aku terkesima. Aku mengambil kotak bungkusan. Tertera namaku dengan jelas di atas kotak itu, ‘ Liza binti Hijjaz’ yang memang ditujukan khas buatku. Aku mengambil tudung yang berwarna coklat, warna kesukaanku. Cantik sekali tudung itu pada pandanganku. Sekeping nota yang diselitkan kubaca, “sungguh molek andai seorang muslimah melindungi auratnya daripada penglihatan kaum Adam yang bukan muhrimnya”. Aku terkedu. Mesej yang disampaikan mempunyai makna yang mendalam buat diriku. Argh, sesak fikiran Aku!

Dua minggu berlalu. Peperiksaan pertengahan tahun yang kududuki sudah selesai. Lega rasanya. “Assalamualaikum,” satu suara menyapa jelas di pandangan. Aku pantas menoleh. Ikhwan! Terkejut aku. Entah mimpi apa-apa agaknya malam tadi. Dulu, kalau aku tegur dia, macam cakap dengan tunggul. Pantas aku menjawab salamnya dalam hati. “Ada apa?”, soalku kasar. “Perempuan dicipta oleh Allah dengan sifat lemah lembut dan sopan santun. Tapi, kalau dilihat ciri-ciri ini, satu pun tiada dalam diri engkau”, ujarnya sinis. Bahang yang hadir dalam diriku semakin merah. “Suka hati akulah, diri aku”, meledah merahku. Lantas aku bangun untuk berlalu.

“Liza nampak sopan kalau pakai tudung seperti hari Ahad yang lepas kerana sesungguhnya sangat molek andai seorang muslimah melindungi auratnya daripada penglihatan kaum Adam yang bukan muhrimnya” ujar Ikhwan dan berlalu pergi. Aku termangu seketika. “Mungkinkah, Ikhwan yang menghadiahi tudung coklat itu kepadaku dan mungkinkah dia turut berada di kenduri opah pada hari Ahad tersebut?”. Semuanya memang di luar jangkaaan.

*****

“Ustazah Liza”, Aku tersentak lantas menoleh. “Kenapa Siti?” soalku kepada anak muridku. “Ustazah dah terlewat sepuluh minit untuk masuk ke kelas” ujarnya termengah-mengah. “Kawan-kawan dah mula bising. Pening kepala saya, ustazah. Aku tersenyum melihat telatahnya selaku Ketua kelas. Aku memandang jam. Sah, aku sudah terlambat. “Siti pergi dulu, nanti ustazah menyusul”. Dia mengangguk tanda mengerti.

Aku segera mengambil buku pelajaran dan mengatur langkah ke kelas. Aku sempat menoleh ke belakang melihat jam yang dihadiahkan Ikhwan kepadaku. Kumasih ingat pesanannya, “masa tidak pernah menunggu kita, jangan tunggu masa untuk melakukan perubahan”. Sesungguhnya sinar Islam menerjah dalam hatiku dengan hidayah Allah yang membawa aku mengenali cinta hakiki. Cinta kepada pencipta. Aku tersenyum dalam Hati.

0 479 KoMen:Tambah Komen↴

Followers

Notes Updates

Notes Updates [31/12/2011]

# Pesanan dari Admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi dan menyokong 100% laman blog ini selama ia beroperasi. Tapi dukacita dimaklumkan bahawa admin tidak lagi dapat mengupdate blog ini atas masalah2 tertentu. Walaupun begitu laman blog ini tidak akan di delete, dan masih dapat digunakan oleh semua pengguna.

Senarai project blog oleh admin.
1. http://animaxwidget.blogspot.com
2. http://nnseyo.blogspot.com
3. http://muzikbel.blogspot.com

Laman blog peribadi.
http://nabilharith.blogspot.com - p/s : Sudah berhenti. Mungkin akan ada laman blog peribadi baru.

Laman Facebook - http://www.facebook.com/nabelnajib

TQVM for visiting my web blog. :)

| Other BlogSpot |

Do Visit and Follow, TQVM.

# www.muzikbel.blogspot.com
# www.nnseyo.blogspot.com
# www.saaranghaeyo.blogspot.com
# www.animaxwidget.blogspot.com

Update : Blog diatas tidak akan diupdate untuk sementara, kerana admin sibuk dengan pelajaran dan bulan ramadhan al-mubarak. TQ

Muzikbel Widget


About Me

My photo
Salam n Hi!, Nama saya Nabil Harith, umur 19 tahun (2011), bangga menjadi rakyat malaysia, a proud muslim dan kerjaya sebagai student di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan mengambil kursus Diploma Teknologi Komputer. Menjadikan blog sebagai wadah perkongsian dan diari 'hidup' diri ini.

Popular Posts

<< Buka Kotak ShoutBeL >>