Selamat Hari Ibu - Ummiku

Share
..

"Gambar Hiasan"

Siapa yang harus kuhormati yaa Nabi???
“Ibumu, Ibumu, Ibumu” jawabnya….


Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan keizinan kepada penulis untuk terus hidup dan meneruskan amal bakti soleh kepada-Nya kembali sebagai tanda seorang hamba.

Alhamdulillah, syukur penulis panjatkan ke hadrat Illahi kerana telah memanjangkan usia penulis dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun. Dengan izin-Nya juga, hari ini aku berpeluang menyambut dan melafazkan "Selamat hari Ibu buat Ummiku"

Bila aku renungkan kembali, berapa ramai hamba-hamba-Nya yang Allah tidak izinkan mereka untuk meyambut hari ibu mahupun hari lahir ibu kerana telah terlebih dahulu dipanggil Illahi. Maka dengan ini, bertambahlah syukur aku kerana ummi masih lagi dibenarkan dan ditambah kurnia umur setahun lagi. Cuma tidak dapat dipastikan adakah penulis masih lagi dapat menyambut hari ibu pada tahun hadapan. Yang pasti penulis mengharapkan agar penulis masih lagi dipanjangkan umur dan memenuhi hidup ini dengan amalan soleh yang diredhai

Baru sekejap tadi aku pergi melawat blog rakan-rakanku dan postnya hari ini mengingatkan aku tentang hari ibu . Sebagai lelaki , untuk mengatakan Hari Ibu kepada wanita yang melahirkan aku amat susah . Penulis selalunya akan mengucapkan Hari Ibu kepada ibuku antara dengar tak dengar walaupun aku sayangkan ibuku . Adakah tahap egois aku masih tinggi atau tahap maluku masih tinggi... erm..

…………………………………………….

JASA AYAH IBU



Terdiam seorang diri. Merenung kembali perjalanan hidup. Tak terbalas jasa mereka, moga doa yang tulus ikhlas harap dimakbulkan.

…………………………………………….



Terima kasih ummi kerana melahirkan saya ke dunia ini.
Terima kasih juga buat ayah kerana telah mendidik saya selama ini.




Ya Allah Ya Illahi Rabbi, anta maksudi wa ridhaka matlubi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, angkatkanlah darjat mereka, rahmati dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik aku sejak kecil. Ya Allah, jadikanlah aku sebagai anak yang soleh, sebagai pengubat dan penyejuk mata buat kedua orang tuaku, sebagai salah seorang aset meraka yang berharga di barzakh dan di akhirat nanti. Aminn…

P/s untuk ummi : Harez tahu harez anak yang Nakal, selalu buat ummi marah, selalu buat ummi berleter,.. tetapi harez bukan berniat nak buat ummi sedih, harez tak sengaja, Harez cuma manusia biasa yang sering kali tak terlepas daripada melakukan kesilapan...

Harez janji akan menjadi anak yang soleh untuk ummi walaupun harez banyak kekurangan, banyak kelemahan,

Harez janji, setiap pagi harez akan cium pipi ummi, cium tangan ummi.. kucup dahi ummi..
dan Harez akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ummi walau di mana Harez berada.. Harez tak mahu kehilangan ummi.. harez cuma ade ummi seorang je,..

Ummi..
Maafkan Harez.. Ampunkanlah Harez ummi..
Ampunkanlah dosa..
Anakmu ini..

Yang sentiasa mendoakanmu ummi,..
Nabil Harith..







Ini antara email yang penulis dapat sempena Hari Ibu.


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau..... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku.....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri.....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja.... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada...........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Ini pula entri daripada Nurul Umira..
erm..Entri ini.. banyak memberi pengajaran kepada penulis,..
Seolah-olah penulis sendiri dapat "merasai kehilangan ibunya"..

Jauh disudut hatiku ini,..
timbul rasa simpati dan belas kasihan terhadap dia..



Entri post daripada Nurul Umira - Rindu

Salam and hi to all...
Hari ini genap sepuluh hari ibu meninggalkan kami sekeluarga..Tujuan entri kali ini ana sendiri tak tahu..Ana cuma terlalu rindu dengan ibu..Teramat rindu..Tak tahu dimana ana harus luahkan rasa rindu dan cinta ana terhadap ibu..Setiap kali ana menulis ana sentiasa rasa ingin titipkan nama ibu disini..Walaupun ana tahu ibu ana tidak membacanya,ana cuma harap ana tak kan melupakannya..

Ibu..
Esok 14 disember..Ana masih ingat semasa ana mandikan ibu ana bertanya jika ana boleh keluar berjalan jalan pada 14 disember..Sambil menggosok-gosok badan ibu dengan sabun,ibu kata boleh..Teringat tiap tiap pagi ana mandikan ibu..Kadang-kadang berbual kosong...

Ibu..
Tadi ana ke dapur..Ana terlihat bakul ubat..Teringat ibu..Apabila ana terpandang cream dan gauze ana teringatkan ibu..Lalu ana menangis sendirian..Ana teringat selepas mandi ana akan sapukan cream pada ibu..Semua tu tinggal kenangan..

Ibu..
Ana rasa tak cukup 15 tahun ana hidup bersama ibu..Masih banyak lagi kenangan yang kita tak bina lagi...Kadang-kadang ana rasakan tak puas lagi menjaga ibu..Ana lebih rela menjaga ibu seumur hidup ana..

Ibu..
Ingat lagi masa ana sedang baca surat khabar,ana kata nak pergi bercuti dengan ibu..Ibu kata "okay tunggu ibu sihat sikit ok?"..Ana mengangguk..Tapi tak sangka ibu pergi dulu..Tak sempat rasanya...

Ibu..
Kami dah beli kerusi L yang ibu nak..Walaupun ibu tak sempat duduk tapi bila tengok kerusi L teringat ibu..Kadang-kadang ana masuk bilik ibu,pandang katil teringat ibu sering tidur disitu..Ibu sering ajak ana tidur dengan ibu kerana ibu kata takut tidur seorang..

Ibu..
Ana rindukan ibu..Teramat rindu..Ana dah cuba sibukkan diri ana dengan banyak hal..Tapi ana tetap teringatkan ibu..Dan hari-hariyang ana jalani tak seindah biasa...

Ibu..
Rumah ini kosong tanpa ibu.Tanpa gelak tawa ibu..Tanpa marah marah ibu yang akan membangkitkan suasana rumah setiap pagi..Tanpa kasih sayang ibu..Tanpa cintamu yang melimpah ruah..Tanpa dirimu...Sunyi sangat..

Ibu..
Ana tak tahu kenapa ana masih tak percaya ibu telah tiada..Ana masih rasakan ibu sentiasa dekat dengan ana..Ibu sentiasa disisi ana..


Marilah kita sedekahkan Surah al-fatihah untuk ibunya..
Al-Fatihah

Di hari Ibu yang bertepatan hari ini; 10 May 2009…
Ananda berdoa untuk kemuliaan Ibu…. dan salam hormat untuk seluruh Ibu di dunia.

Selamat hari ibu, ummiku tersayang….

4 479 KoMen:Tambah Komen↴

Anonymous said...

Salam nabil,

terharu baca entri selamat hari ibu nabil...
santai..
menginsafkan..

=)

smoge Allah sntiasa merahmati Nabil!.. =)

Anis said...

Assalamualaikum Nabil,..
ni Anis, =)

xsngke awk ni sentimental orgnye..
heheh...

susah nk cri llaki mcm awk..
slame ni sy igt awk ni
smbong, ego..

rpe2 awk pmalu!..
ahaha..
xP

Slamat hri ibu..
Kirim salam dkt ibu awk.. k?

Faiz said...

Selamat hari ibu jua,..
buat kaw..

Nabil..

lol, feeling aku bace post kaw..
ade unsur2 keinsafan..
=)

Nabel said...

Waalaikusmlam..
thnk Anonymous..

Amin..
lain kali ltak Name ke link..
sng sket..

wslam Anis..
ahaha..
ceh,. "Baek" btul ayat..
bukan selalu kutuk2 org ke..
ahaha..
btw thank anis..

mne awk jmpe Blog sy?ngee...

wslam Faiz..
thnk bbyk2..
Slmat hri ibu untk smua!..
=) XD

Followers

Notes Updates

Notes Updates [31/12/2011]

# Pesanan dari Admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi dan menyokong 100% laman blog ini selama ia beroperasi. Tapi dukacita dimaklumkan bahawa admin tidak lagi dapat mengupdate blog ini atas masalah2 tertentu. Walaupun begitu laman blog ini tidak akan di delete, dan masih dapat digunakan oleh semua pengguna.

Senarai project blog oleh admin.
1. http://animaxwidget.blogspot.com
2. http://nnseyo.blogspot.com
3. http://muzikbel.blogspot.com

Laman blog peribadi.
http://nabilharith.blogspot.com - p/s : Sudah berhenti. Mungkin akan ada laman blog peribadi baru.

Laman Facebook - http://www.facebook.com/nabelnajib

TQVM for visiting my web blog. :)

| Other BlogSpot |

Do Visit and Follow, TQVM.

# www.muzikbel.blogspot.com
# www.nnseyo.blogspot.com
# www.saaranghaeyo.blogspot.com
# www.animaxwidget.blogspot.com

Update : Blog diatas tidak akan diupdate untuk sementara, kerana admin sibuk dengan pelajaran dan bulan ramadhan al-mubarak. TQ

Muzikbel Widget


About Me

My photo
Salam n Hi!, Nama saya Nabil Harith, umur 19 tahun (2011), bangga menjadi rakyat malaysia, a proud muslim dan kerjaya sebagai student di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan mengambil kursus Diploma Teknologi Komputer. Menjadikan blog sebagai wadah perkongsian dan diari 'hidup' diri ini.

Popular Posts

<< Buka Kotak ShoutBeL >>