Selamat Hari Guru

Share
..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,..

Hari jumaat sehingga ahad yang lepas, 29-31 Mei, aku telah menyertai satu perkhemahan unit beruniform yang disertai lebih 200 peserta dari pelbagai badan unit beruniform bertempat di Laman Bestari, Ulu yam, Hutan Lipur, tapi kem kali ini terhad kepada 20 orang setiap unit beruniform di sebabkan perbelanjaan yang menelan kos yang besar. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Klang..

Laman Bestari, aku masih ingat lagi sewaktu kecil dahulu aku pernah menjejakkan khakiku di disitu. Aku bersama ibu dan keluargaku datang ke situ bertujuan untuk makan angin dan berkelah. Sewaktu dahulu tempat ini lebih dikenali sebagai “Perkampungan Elektronik” oleh pengunjung kerana terdapat banyak koleksi elektronik yang dipamerkan kepada pelawat, antaranya yang paling menarik ialah robotik, direka dan dicipta sendiri oleh orang tempatan kita sendiri. Tapi kini di laman bestari, tiada lagi kelihatan robot mahupun elektronik canggih di sini. Barangkali bangunan-bangunan yang menempatkan barangan elektronik canggih itu sudah dirobohkan dan digantikan dengan kawasan perkhemahan dan chalet.

Aku pada awalnya tidak punya niat untuk bersama-sama dengan sahabatku menyertai kem Perdana ini, di pandanganku ia hanya sebuah perkhemahan yang serupa seperti kebanyakan kem yang pernah aku sertai. Oleh kerana beberapa faktor, aku terpaksa “join” jua, lagi “pun”, hampir 5 tahun aku “hidup” di Star, tidak pernah sekali pun aku sertai kem perdana sekolah yang julung kalinya diadakan 1 tahun sekali. Kecuali perkhemahan kenaikan pangkat KRS dan beberapa perkhemahan yang lain yang dianjurkan oleh kelab.

1
Hari Guru

Taman Kota Raja, Klang.
Khamis, 28 Mei 2009 – sehari sebelum bertolak.

“Spartan!!”, are u ready for the Battle?!” lantas diikuti dengan bunyi pedang dan tiga gauman 300 spartan. “Haum,Haum,Haum!!”. Aku tersentak dan terjaga dari lena sebaik mendengar bunyi pelik itu. Barangkali bunyi itu datang dari arah meja 4 kaki dari katilku. Keletihan tergambar merauti wajahku. Aku mengusap-usap dahiku sambil memerhati suasana di sekeliling. Anak Mataku meliar ke sana sini. Bunyi-bunyian pelik itu masih aku dengari dan berulang-ulang seperti tiada penghujungnya. Kepalaku sudah mulai pening, dan aku memaksa jua tubuhku bangkit dari lena. Terus saja aku tuju ke arah bunyi-bunyian itu.

Di dalam bilik di atas meja bersebelah buku-buku, satu objek berbentuk segi empat mengeluarkan cahaya putih bergerak-gerak seperti ada yang mengusiknya. Pada masa yang sama, aku semakin menghampiri objek yang entah dari mana datangnya. Ku capai objek berbentuk sabun itu, lantas jari-jemari aku menekan-nekan objek itu langsung bunyi itu hilang dari pendengaran.

“Astaghfirullah..Bunyi alarm rupanya.” Aku menggeleng sendirian diikuti bunyi keluhan. Mataku masih melilau melihat objek itu, aku lebih terarah membelek nombor dibawah skrin atas tulisan calls. 5.20 am, Aku tercenggang seketika tatkala melihat jam sudah hampiri waktu subuh.

Perlahan-lahan aku berjalan menuruti anak tangga.. kelopak mataku hampir sahaja terkatup walaupun dalam keadaan berjalan. Mungkin dek kerana aku tidak cukup tidur malam sebelumnya agaknya.

Hampir sahaja aku terjatuh, dipijaknya hujung anak tangga membuatkan kakiku tergelincir sedikit dari kedudukan asalnya. “Alamak, alamak…woo.woo.woo. “ Mengumam ketakutan aku dalam hati.
“Apahal lah dengan aku ni, pagi camni pun dah nak buat hal.. ahaha” Mengumam lagi aku sendirian. Aku terus sahaja mencapai botol air mineral yang berada di atas meja bersebelahan dengan peti sejuk. Perlahan-lahan aku membuka penutupnya, dengan lafaz bismillah aku minum beberapa teguk air itu untuk menghilangkan rasa dahaga yang sejak dari tadi aku dapat merasakan “bahang kehangatan” tekakku.

Sejurus itu, aku terus kembali ke bilikku dan mencapai sehelai tuala, bersiap untuk mandi.
Selesai sudah bersuci. Aku terus bersiap untuk ke sekolah. Sedang leka mengenakan pakaian, terdengar satu suara lantang dan mendayu-dayu dari luar rumah. “Allahu Akbar..Allahuakbar!”…
Hampir sahaja aku terlupa sudah waktu solat subuh menjelma, lantas aku melulu masuk ke bilik air dan mengambil wudhuk pabila selesai mengenakan baju sekolahku.

>Malam hampir beransur siang. Hamparan langit masih menyerlahkan bintang-bintang. Wajah Bulan masih menampakkan sinarnya yang indah. Angin dingin bertiup sederhana dari arah rumah bertentangan dengan kediamanku. Hari ini, ibu, ayah dan adik bertolak awal ke sekolah dan tempat kerja seperti biasa.. dalam jam 6.20. Ingin sekali aku menaiki pacuan empat roda avanza ayah ke sekolah. Tapi apakan daya, nanti ibu, ayah dan adik pasti akan lambat ke destinasi. Pernah sekali itu, ibu dan ayah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas untuk 1-2 jam, selepas menghantar aku ke sekolah. Dari jalan pelabuhan klang menuju ke shah alam sehingga kuala lumpur..

Terpaksa aku menaiki basikal atau bas setiap hari untuk ke sekolah,.. tapi alhamdulilah ada juga 2 sahabat ni, Izmeer dan Fiqry menemani aku. Kalau bertembung saja, mesti nak berlumba siapa sampai dahulu ke sekolah. Berbekal mountain bike gear sampai 7 tanpa side mirror ni, akulah selalu jadi raja pecut… Bayangkan jarak hampir 2-3 Km dalam masa tak sampai 7 minit!... Setiba di dalam kelas pasti kami duduk bawah kipas.. “Kenapa? berpeluh laa.. ahaha.” Kini kami sudah tidak amalkan lagi “aktivit tak sihat” itu kerana tidak kena pada masanya.. “Awal pagi berlumba, haram kejadahnya, orang merempit moto, kita merempit basikal”, Nanti hendak belajar pun susah.

Aku bertolak dari rumah tepat jam 6.30 pagi, sambil aku mengayuh basikal, sempat pula aku mendengar lagu Faizal Tahir – Bencinta, mungkin kerana terlalu bosan agaknya. Aku mendapat lagu ini sejak 2 minggu yang lepas melalui perkongsian bluetooth daripada hanif. Hanif beriya-iya menyuruhku mendengar lagu ini.

“Bil, cuba ko dengar lagu ni, best gila.. lagu bencinta faizal tahir, baru keluar tapi dah top dah dekat asrama aku!” Jelas Hanif bersungguh-sungguh.
“Betul?, aku cube try dengar oke?” jawabku ringkas.

Pabila selesai mendengar lagu tu, terus saja aku meminta dia bluetooth.. kiranya aku suka juga lagu itu. Walaupun pertama kali mendengarnya.. “Terima Kasih, nep” ucapku pabila selesai bluetooth.



2
"Peristiwa"

SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Dewan Makan Aspura

Tersedar aku dari lamunan tatkala tiba di sekolah, aku berdiri tidak jauh dari bilik kaunseling, melihat kalau-kalau kelibat cikgu Sehaimi ada disitu. aku ingat peristiwa hari itu, walaupun hanya dari perkhabaran sahabatku, Afif. Sedih jua aku pabila aku mengimbas kembali cerita afif tentang En.Sehaimi.

Fauzan anak kepada Cikgu Sehaimi, yang juga pelajar star tingkatan 5v2. Dia sangat terkenal dengan sikapnya yang agak biadap dan menyakitkan hati dikalangan rakan sebayanya termasuk aku. Pada pandanganku, mungkin saja dia jadi begini kerana terpengaruh dengan rakan-rakannya dan juga abangnya.. Bingung aku memikirkannya, ayah guru kaunseling?, mungkin terlalu lembut agaknya.

Berbalik kepada cerita asal, petang itu, Fauzan balik seperti biasa dengan menaiki motonya, pabila dia menuju ke situ, dia tercenggang melihat rakannya mengacah-acah mencuri topi keledarnya… Lantas Fauzan mengejar rakannya itu sehingga sk. simpang lima berdekatan dengan kedai runcit.. kira-kira 2 Km dari sekolah star..

Setibanya Fauzan disitu, dia bertambah hairan pabila melihat beberapa orang yang berada disitu. Salah seorang darinya menunjuk-nunjuk helmet yang diambil darinya. Semua mata terarah pada Fauzan, kumpulan itu juga merupakan rakan-rakannya di Star. Memang dia kenal setiap pelajar yang berkumpul disitu.. tetapi hairan, kelihatan seperti mereka menunggu-nunggu kedatangan Fauzan.. Pertelingkahan tercetus diantara Fauzan dan rakan-rakannya untuk beberapa minit sebelum Fauzan dipukul dan dibelasah oleh sahabatnya sendiri.

Mungkin kerana salah faham, atau meluat melihat sikap Fauzan membuatkan mereka bertindak sedemikian rupa,.. pergaduhan itu disaksikan beberapa pelajar star yang lain.. Lantas mereka bergegas memanggil En.Sehaimi.. Tanpa memikirkan tugasannya, En. Sehaimi segera menuju lokasi anaknya dipukul.. setibanya Cikgu Sehaimi di situ, dia cuba meleraikan pergaduhan antara anaknya dan budak-budak itu.

Suasana sunyi sebentar, kemunculan Cikgu Sehaimi ternyata mengundang ketakutan di kalangan kumpulan itu. Malah ada saja di antara mereka yang sudah mulai mengorak langkah untuk pergi dari situ.

Sejurus, salah seorang datang memberanikan diri berhadapan dengan Cikgu. Lantas dia mengugut En. Sehaimi supaya jangan di beritahu ibu ayah akan hal ini. Jikalau Cikgu Sehaimi melakukan jua, pasti cikgu Sehaimi akan binasa.. Dia terus saja melakukan terjahan padu tangannya ke arah leher bahu En.Sehaimi, hampir saja Cikgu tersungkur atas tanah.. Tapi songkoknya jatuh berguling-guling di atas tanah.. aku kira sakit juga terjahan budak tu, hinggakan ada kesan di bahagian kepala En.Sehaimi.. Memang sungguh Budak itu mahu memberi amaran kepada Cikgu Sehaimi..

Cikgu Sehaimi tidak berdaya membuat apa-apa, dia lebih suka memilih kedamaian.. Lantas dia dan anaknya beredar dari situ. Seperkara dengan itu, budak yang mengugut cikgu Sehaimi itu ialah ungku Nazri.. Mungkin ada antara kita pernah mendengar namanya bukan?, Selalu saja namanya dipanggil semasa perhimpunan, memang dia pelajar bermasalah.. Ada yang mencerita padaku, bahwa dia pernah menghunuskan pisau ke arah ibunya sendiri!.. Astaghfirullahazim.. anak durjana!..

P/s : Jangan engkau orang percaya bulat2 cerita ni, mungkin ada yang tak betul. Tapi Fauzan memang kena pukul,.. Tolong jangan perbesarkan hal ini. Ia hanya untuk pengajaran buat kita.



3
"Kena Tangkap?"

SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Dataran Perdana.

Aku melopong seketika, pelbagai persoalan muncul di kepalaku, pening dibuatnya.. Lantas aku bergegas ke kelasku, 5s1 yang bersebelahan dengan 5s2. Perlahan-lahan aku mengorak langkah semasa melalui dataran perdana, tercenggang aku seketika melihat landskap dan hiasan di dataran. Barangkali inilah hasil kerja budak-budak semalam.. “cantik juga” Bisikku dalam hati.

Pagi ini aku berkhayal lagi. Bermacam-macam persoalang yang muncul dalam fikiranku. Lamunana seolah-olah tidak pernah berhenti. Mindaku kini menjurus kepada hari ini iaitu hari Guru. Hendakku katakan apa pada guruku? Selamat hari guru saja?,.. Hadiah pun aku tidak bawa, malah belum beli lagi.. Mungkin sebab aku terlalu sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun yang baharu sahaja selesai sehari sebelumnya.

Aku menghempas keluhan. Aku mengimbas kembali saatku menjawab soalan Biology dan beberapa kertas lain. Terasa urat kepalaku berdenyut-denyut memikirkan soalan-soalan itu.
Aku Mengeluh berat. Diriku tertewas dengan amukan perasaan yang bergelora. Rasa bersalah berusahaku singkirkan. Aku tidak mahu menanggung beban itu hanya kerana aku telah membuat sedikit kesilapan ketika menduduki peperiksaan. Aku berserah sepenuhnya kepada Allah dan bertawakkal kepada-Nya.

Lamunanku terhenti apabila kakiku berada betul-betul di hadapan pintu 5s1. Pandanganku terarah pada seseorang, terlihat sesusuk tubuh sedang berdiri agak jauh di hujung tingkap.
“Lilian?” Suaraku berbisik.
Memang aku cukup kenal dengan dia. Perangai dia ni memang sedikit gila-gila, tapi baik hati. Aku kenal dengannya sejak aku tingkatan 2. Dia memang suka subjek Matematik tambahan sebab ayahnya guru matapelajaran addmath.

“Hi, Lillian, awak sampai pukul berapa? Awal nampak!. Mana budak-budak yang lain? Tak sampai lagi ke? Tiga soalan sekali gus ku terjah kepadanya sambil mengukir senyuman.

“Eh, Hi, sebenarnya saya pun baru sampai tadi. Adalah dalam pukul 6.40 pagi. Mereka semua belum sampai lagi, mungkin ramai tak datang kot” Jelas Lillian.

“Oh..Patutlah” Perlahan-lahan aku mengangguk.
Sejurus itu, aku keluar dari situ sambil melambai-lambai kepada Lillian. Aku melihat keadaan sekeliling. Mataku tertumpu kearah sekumpulan pelajar yang berpakaian berwarna ungu. Pasukan Koir Star rupanya. Barangkali mereka akan membuat persembahan hari ini.

Mataku merenung semula wajah langit yang menyerlahkan lagi keserian suasana pagi itu. Cahaya bulan masih memancarkan cahayanya yang memutih. Tiupan angin yang dingin itu melengkapkan lagi suasana pagi itu. “Agungnya ciptaan Allah..” Bersyukurku pada Ilahi.

Kemudian aku teruskan saja berjalan-jalan di bangunan blok form 5 dan form 4 sambil menangkap apa jua panorama yang menarik menggunakan camera kesayanganku. Telah ku sertakan dengan 2 bateri didalam soket beg camera, khuatir jikalau kehabisan bateri nanti.. Dengan 4 Bateri sony yang boleh di charge semula memudahkan aku menangkap lebih banyak gambar dan masa. Ia boleh tahan hampir 4-5 jam setiap 2 bateri.

Perlahan-lahan aku membetulkan lensa cameraku, supaya nampak kemas dan gambarnya dijamin berkualiti dan cantik. Pening juga pada awal penggunaan camera ini. Terlalu banyak fungsi, ada yang aku tahu dan ada yang masih belum aku ketahui apa fungsinya.. Yang pasti aku sangat suka akan fungsi Accent, dan night scene. Dengan fungsi accent ini, kita boleh memilih satu atau dua warna sahaja.. contoh hijau dan biru.. Objek yang berwarna selain itu akan menjadi hitam putih..

Angin menderu sekilas rasa. Aku dapat menduga bahawa seseorang sudah menghampiri kelas ini. Lantas aku menyimpan cameraku di dalam begnya yang disandang di bahuku.

Tidak sampai sepuluh pernafasan, dugaanku menjadi kenyataan. Seseorang muncul di hadapan pintu kelas sambil menekan suis lampun dan kipas sebelah pintu. Aku tersentak seketika pabila cahaya lampu menerangi mataku..

“Eh?! Engkau Nabil! Aku ingatkan sape la tadi. Kau Buat apa dalam gelap-gelap ni hah? Buat projek ek? Ahaha..” Soal Hafizi Sambil tertawa kecil.

“Ke situ pulak dia, sebenarnya aku tengah tangkap gambar ni, tangkap gambar blok form 6 dari sini, kalau buka lampu, cahaya terlebih pulak.. ehehe “ Jelasku.

Susuli itu, muncullah beberapa sahabatku yang lain, berborak bersama-sama.Lebih 30 minit kami berbual, dan pasti topik utamanya fasal bola sepak. Malam tadi berlangsungnya perlawanan antara kelab gergasi Barcelona dan Manchester United. Tapi malangnya Man U Kalah 2-0 kepada Barcelona, sekali gus tidak dapat membawa pulang piala kejuaraan championship tahun ini.

4
"Perhimpunan"

SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Dataran perdana Star.

Shahrul Afif mengetuai bacaan doa seawal perhimpunan itu, agar sambutan hari guru hari ini diberkati dan dirahmati oleh Allah. Dia yang berpakaian baju melayu berwarna biru bersama sampin terus saja menuju ke arahku selesai mengaminkan doa.

Pagi itu, pelbagai persembahan dipersembahkan kepada kami dan khas dituju buat guru,.. ada yang menggeli hati terutama Mario dan francis sewaktu berlakon menjadi christine dan Raoul..
Mario yang berpakaian seperti perempuan berserta rambut palsunya itu memang melucukan betul.. Kelakar dibuatnya ditambah dengan gaya-gaya seperti seorang gadis
Ahaha.. Persembahan yang menarik kami.. ialah persembahan daripada adik-beradik yang memainkan muzik dan irama hanya daripada biola dan kotak dashboard putih. Tidak pasti apa nama peralatan itu, tapi ternyata bunyi-bunyian dan irama yang dikeluarkan daripada itu sangat mempersonakan!.. Seperti bunyi drum!. Pelik!..

Pasukan Koir Star pun boleh tahan, pelbagai bunyi, intonasi dan irama boleh kita dengari.. merdu juga suara mereka ini.. tak kusangka.. tapi reaksi muka mereka agak kelakar sedikit ketika menyanyi.. Berpakaian ungu semuanya menyerlahkan lagi koir mereka..

Drama phantom the opera yang digabungkan dengan titanic memang menghiburkan.. Mario yang memegang watak christine sememangnya “ayu” dan “Baik”. Ahaha!.. dari awal hingga akhir drama itu, aku tidak henti-henti ketawa. Hampir saja aku terjatuh ketika merakam drama itu..
Yang pastinya, drama itu memang best!..

Usai sudah semua persembahan, kami diberikan aiskrim seorang satu oleh setiap Ketua kelas masing-masing.. Aku makan sekali je dah kenyang, ditambah pula dengan Nasi lemak di kantin.
Huh!. Penat…


Baiklah sampai disini saja coretanku tentang hari guru.
Aku selitkan beberapa gambar yang aku tangkap pada hari itu..
Ada hampir 150 gambar berjaya aku snap..
Kalau “korunk” nak, bagitaw aje!..

Assalamualaikum.. Bye-bye.

4 479 KoMen:Tambah Komen↴

Nurul 'U' said...

wah menarik penulisan awak..sangat seronok ketika membacanya..

ingatkan siapa la yg menyapa dari belakang tuh rupa2nya hafizi..

mana video yg awak rakam tuh?

sy nak gambar2 sebanyak 150 tuh..nnnt share eh bila on9..

lagu bencinta tu memang best!!!

lepas ni cerita pula pasal kem...

Nabel said...

Trima kasih,..
saja mahu cuba penulisan ala-ala Novel..
tapi pening juga nak pk ayat best!..

Video tu nanti saya upload..
sbnarnya.. cuma ada dalam 100 yang selebihnya gambar yang hampir sama je.

Taw xpe, lgu Faizal Tahir tu mmg best!.. bencinta..=)

Oke.. kalau ada masa, saya update psal kem perdana..

najiha said...

salam...
wah...x sgke..ade bakat jdi penulis...boleh jdi novelis ni..
hahah..
bgs3...
gamba3ye..cntk2..
mabruk..

Nabel said...

wslam..
trima kasih byk2..
ahaha..

pning jgak nak bt entri camni..
ni pun awal je best..
tpi akhir2..
dh mlas..
pning kpale nk pk..
ahaha..

eh ade stu gambar awk kn?
Maaf sbb curi2 snap..
ehehe..

Followers

Notes Updates

Notes Updates [31/12/2011]

# Pesanan dari Admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi dan menyokong 100% laman blog ini selama ia beroperasi. Tapi dukacita dimaklumkan bahawa admin tidak lagi dapat mengupdate blog ini atas masalah2 tertentu. Walaupun begitu laman blog ini tidak akan di delete, dan masih dapat digunakan oleh semua pengguna.

Senarai project blog oleh admin.
1. http://animaxwidget.blogspot.com
2. http://nnseyo.blogspot.com
3. http://muzikbel.blogspot.com

Laman blog peribadi.
http://nabilharith.blogspot.com - p/s : Sudah berhenti. Mungkin akan ada laman blog peribadi baru.

Laman Facebook - http://www.facebook.com/nabelnajib

TQVM for visiting my web blog. :)

| Other BlogSpot |

Do Visit and Follow, TQVM.

# www.muzikbel.blogspot.com
# www.nnseyo.blogspot.com
# www.saaranghaeyo.blogspot.com
# www.animaxwidget.blogspot.com

Update : Blog diatas tidak akan diupdate untuk sementara, kerana admin sibuk dengan pelajaran dan bulan ramadhan al-mubarak. TQ

Muzikbel Widget


About Me

My photo
Salam n Hi!, Nama saya Nabil Harith, umur 19 tahun (2011), bangga menjadi rakyat malaysia, a proud muslim dan kerjaya sebagai student di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan mengambil kursus Diploma Teknologi Komputer. Menjadikan blog sebagai wadah perkongsian dan diari 'hidup' diri ini.

Popular Posts

<< Buka Kotak ShoutBeL >>