"Selamat Hari Lahir... Ummi" dan Selamat Hari Raya

Share
..



Assalamu'alaikum w.b.t..
Segala puji yang selayaknya hanya bagi Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W, ahli keluarga dan sahabat baginda sekaliannya yang berjuang menegakkan ISLAM dimuka bumi ini sehingga kita sendiri sebagai ahli gerakan islam dapat merasai nikmat yang besar: iman dan islam ini. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. atas nikmat dan rahmat yang dikurniakan kepada kita.

Masa terus berjalan, sedar atau tidak, suka atau tidak, usia kita juga kian bertambah dari hari ke hari. Inilah ketentuan yang tertulis untuk kita sebagai makhluk yang dicipta olehNya.

Bermula kita dari setitik mani yang bersatu dengan ovum, kemudian terhasillah segumpal darah, di balut tulang dan daging kemudian ditiup roh lalu lahirlah kita menjadi seorang bayi. Bermula kita meniarap, kemudian kita merangkak, bertatih kemudian kita berlari.

Subhanallah, indahnya ciptaan Ilahi. Kita juga dibekalkan pula dengan akal dan naluri, ada perasaan, ada nafsu, ada cita-cita, ada kehendak.

Maha suci Allah yang Maha Pencipta.




bagi aku .. ibu boleh membuat hati ini tersentuh,
bila kita solat,bila sampai doa untuk kedua ibu bapa,
hati aku menjadi sayu.. betapa besar pengorbanan mereka
terhadap kita semua..
terima kasih ibu..
terima kasih ayah..

Pada hari yang mulia ini, 20 haribulan september 2009
aku ingin menyatakan kesyukuran kepada Allah (SWT) atas segala nikmatnya..
khasnya buat Ummi..

Doa untuk kedua Ibu Bapa..
Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk
mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.

SeLAmat haRi Lahir Ummi yang Ke-39...
P/s : Setelah kita melalui bulan Rejab, bulan tarbiyah tauhid, kita sudah pun menempoh bulan tarbiyah ibadah, bulan sya’aban dan bulan Ramadhan, bulan mendidik jiwa, mentarbiyah diri menjadi hambaNYA yang takut dan taqwa kepada Allah SWT.

Sekarang meniti kita pula, Bulan syawal, iaitu pada 1 syawal, umat Islam merayakan hari raya 'Idil Fitri atau Aidil Fitri sebagai perayaan setelah menjalani ibadah puasa pada bulan sebelumnya iaitu bulan Ramadhan. Hari Raya Aidilfitri adalah pemberian Allah SWT kepada hambanya. Bulan ini dikatakan sebagai bulan yang istimewa untuk umat Islam. Umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sunat selama enam hari. =)


Di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan,
Selamat Hari Raya kepada semua pembaca, sahabat-sahabat. Maaf Zahir dan batin..

dan Doakan untuk kejayaan aku dan kita dalam SPM 2009 60 hari lagi,..
semoga Allah permudahkan kita untuk menghadapinya nanti..
Sekian, Assalamualaikum..


0 479 KoMen:Tambah Komen↴

Followers

Notes Updates

Notes Updates [31/12/2011]

# Pesanan dari Admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi dan menyokong 100% laman blog ini selama ia beroperasi. Tapi dukacita dimaklumkan bahawa admin tidak lagi dapat mengupdate blog ini atas masalah2 tertentu. Walaupun begitu laman blog ini tidak akan di delete, dan masih dapat digunakan oleh semua pengguna.

Senarai project blog oleh admin.
1. http://animaxwidget.blogspot.com
2. http://nnseyo.blogspot.com
3. http://muzikbel.blogspot.com

Laman blog peribadi.
http://nabilharith.blogspot.com - p/s : Sudah berhenti. Mungkin akan ada laman blog peribadi baru.

Laman Facebook - http://www.facebook.com/nabelnajib

TQVM for visiting my web blog. :)

| Other BlogSpot |

Do Visit and Follow, TQVM.

# www.muzikbel.blogspot.com
# www.nnseyo.blogspot.com
# www.saaranghaeyo.blogspot.com
# www.animaxwidget.blogspot.com

Update : Blog diatas tidak akan diupdate untuk sementara, kerana admin sibuk dengan pelajaran dan bulan ramadhan al-mubarak. TQ

Muzikbel Widget


About Me

My photo
Salam n Hi!, Nama saya Nabil Harith, umur 19 tahun (2011), bangga menjadi rakyat malaysia, a proud muslim dan kerjaya sebagai student di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan mengambil kursus Diploma Teknologi Komputer. Menjadikan blog sebagai wadah perkongsian dan diari 'hidup' diri ini.

Popular Posts

<< Buka Kotak ShoutBeL >>