Ya Allah! Kepadamu kami berserah..

Share
..

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun dari Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman dengan Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang derhaka kepada Mu.

Ya Allah, Tuhanku yang maha pengasih lagi maha penyayang, selamatkanlah saudara-saudara Kami disana Ya Allah!, berikanlah ketabahan hati kepada mereka, Ya Allah!, Hilangkanlah rasa sakit dan penderitaan mereka, Ya Allah!, Berikanlah kekuatan kepada mereka untuk terus berdiri dan terus beristiqamah kepadaMu Ya Allah!.



Wahai umat Islam di seluruh Malaysia, luangkanlah sedikit masa, mohon doa pada yang Esa, memohon doa untuk kesejahteraan dan keamanan bagi mangsa gempa bumi di Indonesia. Semoga Allah SWT memberikan kesabaran bagi saudara-saudara kita yang ditimpa musibah, dan Insya Allah disebalik musibah dan bencana ini pasti ada hikmahnya.



Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, Allah yang Maha Penyayang dan Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan Pemelihara ‘Arasy yang Maha Agung. Segala puji bagi Allah Tuhan seru seluruh alam, kepada Mu kami memohon rahmatMu, dan pengampunan Mu, dan keselamatan dari setiap dosa.

Semoga Engkau mencucuri rahmat keatas roh saudara2 Islam kita yang terkorban akibat bencana gempa bumi ini. Amin..

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

1 479 KoMen :

Anonymous said...

Salam
Amin, semoga mereka tabah menghadapinya.

Followers

Notes Updates

Notes Updates [31/12/2011]

# Pesanan dari Admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi dan menyokong 100% laman blog ini selama ia beroperasi. Tapi dukacita dimaklumkan bahawa admin tidak lagi dapat mengupdate blog ini atas masalah2 tertentu. Walaupun begitu laman blog ini tidak akan di delete, dan masih dapat digunakan oleh semua pengguna.

Senarai project blog oleh admin.
1. http://animaxwidget.blogspot.com
2. http://nnseyo.blogspot.com
3. http://muzikbel.blogspot.com

Laman blog peribadi.
http://nabilharith.blogspot.com - p/s : Sudah berhenti. Mungkin akan ada laman blog peribadi baru.

Laman Facebook - http://www.facebook.com/nabelnajib

TQVM for visiting my web blog. :)

| Other BlogSpot |

Do Visit and Follow, TQVM.

# www.muzikbel.blogspot.com
# www.nnseyo.blogspot.com
# www.saaranghaeyo.blogspot.com
# www.animaxwidget.blogspot.com

Update : Blog diatas tidak akan diupdate untuk sementara, kerana admin sibuk dengan pelajaran dan bulan ramadhan al-mubarak. TQ

Muzikbel Widget


About Me

My photo
Salam n Hi!, Nama saya Nabil Harith, umur 19 tahun (2011), bangga menjadi rakyat malaysia, a proud muslim dan kerjaya sebagai student di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan mengambil kursus Diploma Teknologi Komputer. Menjadikan blog sebagai wadah perkongsian dan diari 'hidup' diri ini.

Popular Posts

<< Buka Kotak ShoutBeL >>